Ahad, 23 Julai 2017

MRT tidak akan ada tanpa saya, kata Dr Mahathir


MRT tidak akan ada tanpa saya, kata Dr Mahathir
Dr Mahathir memulakan projek pengangkutan awam ketika pentadbirannya termasuklah LRT, Monorail dan Bas Intrakota. 
KETIKA Perdana Menteri Najib RAzak sedang meraikan kejayaan pelancaran Fasa 2 Transit Aliran Massa (MRT), Dr Mahathir Mohamad mengalihkan tumpuan itu apabila mendakwa sistem pengangkutan baru itu hanyalah kesinambungan projek di bawah pentadbirannya lalu.
Bercakap di rumah terbuka Hari Raya kelab CheDet hari ini, Dr Mahathir berkata Najib tidak akan boleh menyiapkan projek pengangkutan awam itu sekiranya beliau tidak memulakannya terlebih dahulu.
“Dia hanya meneruskan (projek pengangkutan awam) yang saya mulakan. Tanpa saya mula, dia (Najib) tidak akan tahu hendak buat apa.”
Dr Mahathir berkata yang Najib akan kelam kabut hendak menyiapkan lanjutan LRT 1 & 2 dan projek MRT 1 sekiranya beliau tidak memulakannya.
Di waktu Dr Mahathir menjadi perdana menteri, dia memulakan empat projek pengangkutan awam iaitu KL Monorail, Putra LRT, Star LRT Line dan Perkhidmatan Bas Intrakota, semua diberikan kepada syarikat swasta melalui konsesi yang kemudiannya diisytiharkan muflis.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) itu juga mengatakan yang beliau bersedia menerima mana-mana wakil Najib untuk forum “Nothing to Hide” yang akan dianjurkan sayap Pemuda Bersatu.
“Perdana menteri tidak membenarkan sesiapa datang ( ke acara debat itu), apa yang hendak ditakutkan, saya hanyalah orang tua, takut kepada orang tua kah? Mana-mana wakil yang datang ke forum itu saya okay saja,” katanya.

Dr Mahathir juga berkata yang beliau banyak belajar daripada kesilapan lalu dan menafikan khabar angin yang tersebar bahawa Kit Siang akan menjadi perdana menteri sekiranya Umno kalah.
“Najib hendak takutkan hali Umno, yang kalau Umno kalah Kit Siang akan jadi perdana menteri, itu mustahil, Kit Siang ialah parti kecil, parti besar adalah dua pertiga parti dalam Pakatan Harapan yang dipimpin parti orang Melayu,” katanya.
Beliau menambah yang penghapusan mentaliti komunal orang Melayu bukanlah tugas beliau seorang, tetapi tugas semua rakyat Malaysia.
“Penghapusan mentaliti komunal orang Melayu bukan tugas saya seorang, ia tugas semua orang. Mengapa hanya saya yang dipersalahkan?”

1 ulasan:

  1. Semua prasarana yg drasai hari ini bermula dr usaha Tun M. Sallleh Tun Keruak kena ingat tu. Ianya sejarah. PM lps tu hanya sambung apa yg ada...

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA