Khamis, 27 Julai 2017

MEMANG PUN SAYA TAK BUAT APA-APA, SINDIR MAHATHIR


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad secara sinis mengakui dengan kritikan bahawa beliau tidak membuat apa-apa projek pembangunan semasa pentadbiran 22 tahunnya itu.
Menerusi video 43 saat yang dinaikkan di Facebook, Mahathir diminta mengulas dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau tidak melakukan sebarang projek pembangunan dan pengangkutan awam di negara ini semasa menjadi perdana menteri.
“Saya bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh Najib. Memang pun, saya tidak berbuat apa-apa. (Saya) tak buat bangunan, tak buat jalan apa pun.
“Semua ini dibuat oleh pekerja-pekerja. Saya tak buat apa pun. Satu bata pun saya tak pasang, yang buat (adalah) pekerja-pekerja.
“Jadi patutlah Najib sebut tahniah kepada pekerja-pekerja yang membangunkan Malaysia,” katanya sambil tersenyum sinis.

1 ulasan:

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA