Rabu, 26 Julai 2017

Melayu mahukan pakatan Melayu yang dominan, kata Wan Saiful


Melayu mahukan pakatan Melayu yang dominan, kata Wan Saiful
Pegawai Eksekutif Ideas Wan Saiful Wan Jan berkata secara realitinya, masyarakat Melayu mahu Melayu menjadi dominan dalam pakatan.
SECARA idealnya, masyarakat umum mahu ke semua empat parti dalam Pakatan Harapan sama rata namun secara realitinya, masyarakat Melayu mahu Melayu menjadi dominan, kata Ketua pegawai eksekutif Ideas Wan Saiful Wan Jan pada satu forum di Shah Alam hari ini.
“Orang Melayu mahu melihat pakatan yang dikuasai orang Melayu,” katanya.
“Walaupun orang Melayu sanggup mengundi MCA dalam Barisan Nasional kerana mereka tahu Umno akan terus menjadi dominan.
“Tak perlu katakan DAP adalah dominan. Hanya perlu katakan mereka adalah sama dan akan berdepan  masalah,” katanya.
“Mungkin Pakatan sedar perkara ini walaupun barisan kepimpinannya dikuasai oerang Melayu. Terdapat banyak orang Melayu dalam pakatan itu sehingga BN mempersoalkan apa yang berlaku kepada wakil Cina,” kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (IIUM), Dr Maszlee Malik yang juga ahli panel pada forum Kajian semula Pakatan Harapan vs Barisan Nasional di Kompleks Media Karangkraf hari ini.
Prof Mohd Azizuddin Mohd Sani dari Universiti Utara Malaysia berkata, kekuatan BN terletak pada penguasaan Umno dalam pakatan.
“Ia menunjukkan parti itu mampu menjaga Melayu. Itu sebabnya BN sukar ditumbangkan kerana kekuatannya bersama Melayu,” tambahnya.
Siapa lebih kuat?
Mohd Azizuddin berkata, Pakatan yang masih belum diuji, mempunyai banyak masalah dan kehilangan hala tuju, manakala BN mempunyai kekuatan pada politik peribadi.

“Pakatan lebih kuat pada politik umum, manakala BN dan Umno mempunyai sistem pelindung kuat, di mana ia sukar untuk dipecahkan kerana mereka berkembang dari atas ke bawah. Jadi saya ragu-ragu dengan kekuatan Pakatan,” katanya mengulas kenyataan Maszlee yang pakatan ini merupakan pembangkang yang paling hebat sejak Barisan Alternatif dan Gagasan Rakyat bersama Semangat 46.
Gagasan rakyat merupakan pakatan yang ditubuhkan pada 1990 dengan penyertaan parti seperti DAP, PBS, PRM, IPF dengan parti Tengku Razaleigh Hamzah, Semangat 46.
Barisan Alternatif  adalah pakatan yang terdiri daripada parti PAS, DAP dan PRM pada 2004.
Maszlee berkata pembangkang sekarang tidak lagi kurang pengalaman kerana ia ada bekas PM, dua bekas timbalan perdana menteri, bekas timbalan menteri, seorang ketua menteri dan seorang menteri besar dan seorang bekas menteri besar.
“Barisan Alternatif lebih kuat kerana mempunyai dua bekas perdana menteri yang menyokongnya: Tunku (Abdul Rahman) dan Hussein Onn. Pakatan Rakyat juga kuat,” kata Mohd Azizuddin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA