Rabu, 26 Julai 2017

Matlamat utama PAS bukan menang kerusi, kata badan pemikir

Beliau berkata PAS menonjolkan parti mereka sebagai peserta ke-3 yang menganggu rancangan pihak lain pada pilihan raya umum nanti.
wan-saiful-pas-3SHAH ALAM: Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) menggesa orang ramai supaya tidak menilai PAS dengan sudut pandang yang sama seperti parti politik lain.
Ketua Eksekutif Wan Saiful Wan Jan berkata tidak seperti parti politik lain, matlamat utama PAS bukan memenangi kerusi.
“Dari awal lagi PAS kata apa yang penting bagi mereka ia menyebarkan pemahaman Islamnya.
“Politik sekadar alat untuk mencapai matlamat itu,” katanya pada forum mengenai Pakatan Harapan dan Barisan Nasional di Kumpulan Media Karangkraf hari ini.
“Sekarang, PAS mengambil pendirian ia akan bertanding dan tidak peduli mereka menang atau kalah mana-mana kerusi yang mereka tandingi.
“Bagi PAS, ada ‘matlamat yang lebih tinggi’ dan bertanding itu cuma 1 lagi bentuk dakwah.”
Baru-baru ini, Utusan Malaysia Online memetik Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sebagai berkata PAS tekad bertanding di semua kerusi yang berpotensi ditandingi gabungan pembangkang pada pilihan raya umum ke-14 tanpa mengambil kira menang atau kalah.
Wan Saiful berkata sebab strategi itu berkesan terhadap PH dan BN ialah kerana PAS menonjolkan parti mereka sebagai peserta ke-3 yang menganggu rancangan pihak lain.
“Suka atau tidak, secara realistiknya, pertandingan 1 lawan 1 penting untuk PH dan untuk menjadikan ia kenyataan, PAS perlu diundang bersama BN atu PH.
“Dalam pertandingan 3 penjuru, BN akan menang,” kata Wan Saiful, yang juga seorang ahli PAS.
Beliau mendakwa itu yang BN khususnya Umno fikirkan selama ini – PAS kekal sebagai pihak ke-3 untuk menghalang peluang PH memenangi kerusi dalam pilihan raya umum.
“Strategi BN untuk PAS ini sangat bijak. Mereka sedar PH sukar menang selagi PAS tidak bersama PH.

“BN tidak perlu gandingkan PAS dengan Umno pun. Ia cuma perlu pastikan PAS kekal sebagai pihak ke-3, yang itu yang ia sedang lakukan.”
Wan Saiful berkata ada orang Islam merasakan tindakan PAS mengganggu pertandingan 1 lawan 1 dengan BN yang dilihat seperti makhluk jahat sebagai tidak islamik.
“Tetapi pemikiran seperti itu cetek sekali. BN bukan syaitan dan PH bukan malaikat. Kalau kamu tanya kedua-dua gabungan itu apa dasar mereka, kamu akan temui baik dan buruk di kedua-dua pihak.”
Ketika ditanya sama ada PAS akan membuat keputusan untuk berdiri di samping BN atau PH sebelum PRU-14, Saiful tidak menolak kemungkinan itu.
“Orang PAS yang memikirkan politik secara rasional akan beritahu parti itu supaya menyertai salah satu pihak tetapi setakat ini saya tak nampak tanda-tanda itu akan berlaku.”

5 ulasan:

  1. bagusla niat dakwah dapat dedak.

    puluhan tahun hadir kuliah tok guru tak pernah pun undi untuk kalah.

    hebat pukulan dedak ustaz dan pemikir pun boleh jadi sasau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu dulu pun jadi bomoh dapat 30sen kadang kadang 20sen...5 sen pun ada..ini la kali pertama dapat 1ratuss--saya pun bomoh temberang....hahahahahah

      Padam
  2. Dari awal lagi PAS kata apa yang penting bagi mereka ia menyebarkan pemahaman Islamnya.

    Untuk menyebar fahaman islam tak perlu bertanding piliharaya. Buat kacau undi PH shj. Memadai lebai² buat ceramah kat masjid².

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau tak dengan politik puak ni dekat masjid pon tak ada tempat

      Padam
    2. Parti carca marbas.....pemimpin yg keliru dan harubiru....

      Padam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA