Ahad, 9 Julai 2017

Mandat kepada PR, bukan PH, cerita Pas Selangor


Pas Selangor mendakwa rakyat dan pengundi hanya mengiktiraf Pakatan Rakyat sebagai pentadbiran Kerajaan Selangor hari ini, bukannya Pakatan Harapan.
Sinar Harian Online melaporkan, pesuruhjayanya, Sallehen Mukhyi berkata, ini kerana kemenangan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu adalah mandat yang diberikan oleh rakyat kepada tiga parti politik iaitu Pas, PKR dan DAP untuk menjadi kerajaan negeri.
Sallehen MukhyiUjarnya, walaupun pada dasarnya gabungan Pakatan Rakyat memang sudah tiada namun urus tadbir negeri Selangor hari ini masih kekal berpandukan aspirasi yang dibina oleh ketiga-tiga parti.
“Mandat kerajaan Selangor yang ada sekarang yang diperolehi semasa PRU13...Mandat itu kepada tiga parti dalam Pakatan Rakyat untuk mentadbir.
“Sebab itu Selangor masih kekal ditadbir oleh tiga parti walaupun dari sudut hubungan politiknya di luar sudah tidak ada hubungan, tapi dari segi semangat mentadbir masih mendokong aspirasi dan manifesto PR yang kita bina sejak PRU13 lalu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR Datuk Mohamed Azmin Ali yang juga menteri besar Selangor yang menjelaskan Pakatan Rakyat masih wujud di negeri itu kerana ia diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir negeri itu pada PRU13.
Sallehen turut membidas kenyataan beberapa pemimpin Pakatan Harapan seperti Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution dan Sekretariat Pemuda Pakatan Harapan (PH) Negeri Sabah yang mendakwa Pakatan Rakyat di Selangor telah berkubur dan menggesa Mohamed Azmin segera fokus kepada penubuhan Sekretariat Pakatan Harapan Selangor.
Menurut beliau, Pakatan Harapan kena buktikan dulu dengan mendapat mandat daripada rakyat dahulu sebelum mereka fikir mereka mahu mentadbir Selangor.

"Pemimpin Pakatan Harapan termasuk Razeef seperti bermimpi kerana realitinya Pakatan Harapan tiada tempat dalam pentadbiran Selangor pada hari ini.
“Kalau dia (Razeef) kata Pakatan Rakyat dah berkubur, sebenarnya yang tak diiktiraf di Selangor ialah Pakatan Harapan, walaupun wujud tapi Pakatan Harapan tak ada tempat mentadbir Selangor hari ini sebenarnya.
“Kenyataan tersebut juga hanya gambarkan kekecewaan beliau yang mahu Pakatan Harapan mentadbir Selangor hari ini," katanya.
Kata Sallehen lagi, dalam menjalankan tanggungjawab dan mandat pentadbiran yang diberikan rakyat, Pas Selangor tak terkesan dengan kenyataan tersebut.
“Menteri Besar sendiri juga ada sebut sebelum ini yang kerajaan Selangor masih lagi di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat kerana mandat yang diberikan rakyat,” katanya.

2 ulasan:

  1. Pengundi tak rela dgn pihak yg tak amanah. Islam lg benci org yg tak amanah

    BalasPadam
  2. Parti Assobiyah Semalaysia hg giler talak dan syok sendiri...sedor2lah...ko yg jatuhkan talak..kemudian meroyan nk duduk serumah pulok...mmg korang lebai muka tak malu..tak seronok bersekedudukan .dgn umno/bn ker....org suruh nikah tak dak...sombong....angkuh......

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA