Rabu, 5 Julai 2017

Mahkamah halang SPR teruskan persempadanan semula


Mahkamah halang SPR teruskan persempadanan semula
Menteri Besar Selangor Azmin Ali menyifatkan keputusan mahkamah itu kejayaan kepada rakyat Selangor dan Malaysia bagi menjaga hak mereka sebagai pengundi. 
SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) tidak boleh menghantar laporan persempadanan semulanya kepada perdana menteri tanpa melibatkan Selangor, putus Mahkamah Tinggi hari ini.
Hakim Azizul Azmi Adnan berkata yang dia hanya meluluskan permohonan injuksi Selangor kerana SPR tidak bersetuju dengan tafsiran pemohon tentang Seksyen 8 yang berkata hanya satu laporan boleh dihantar kepada perdana menteri tentang persempadanan semula.
“Laporan SPR tidak boleh mengecualikan Selangor,” katanya hari ini selepas mendengar pemohon daripada SPR dan kerajaan Selangor di Kompleks Mahkamah Jalan Duta petang ini.
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata keputusan itu merupakan kemenangan besar kepada Selangor dalam usahanya untuk mencabar persempadanan semula negeri itu yang dilakukan SPR di mahkamah.
“Ini kemenangan kepada rakyat. Bukan hanya rakyat Selangor tetapi rakyat negara ini bagi menjaga hak mereka selaku pengundi,” katanya.
Kerajaan Selangor memohon injuksi pada 25 April lalu, bagi menghalang SPR daripada meneruskan aktiviti kedua persempadanan semula di Semenanjung sehingga mahkamah membuat keputusan.
Ia juga menuntut supaya mahkamah mengeluarkan arahan untuk menghalang SPR daripada menghantar laporan kepada Perdana Menteri Najib Razak yang menurut Perlembagaan Persekutuan perlu membentangkan hasil laporan itu di Dewan Rakyat untuk diluluskan.
Azmin yang juga merupakan timbalan presiden PKR sebelum ini berkata tindakan SPR mengeluarkan notis kedua bagi melaksanakan aktiviti persempadanan semula melanggar Perkara 113 (6) Perlembagaan Persekutuan.
Peruntukan itu mengatakan yang perlu ada semakan berasingan untuk Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Azmin berkata semakan kehakiman itu difailkan Selangor tahun lepas bagi menghalang notis pertama dan memberi kesan kepada semua negeri di Semenanjung yang terlibat dalam persempadanan semula itu.
Aduan negeri melibatkan dakwaan wujudnya pembahagian salah dan gerimander yang memihak kepada parti politik tertentu dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya.
Oktober lepas, Selangor memfailkan cabaran perundangan itu bagi membatalkan notis persempadanan semula SPR mendakwa ia mencabul Perlembagaan Persekutuan dalam menetapkan sempadan baru pilihan raya.

1 ulasan:

  1. PH jgn leka akan kemenangan ini....kita wajib sedar yg penyamun umno/bn ni kaki penipu...ia mempunyai agen2 di JPN dan SPR....yg akan meneruskan cara2 penipuan ini walaupun dilarang mahkamah.....

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA