Sabtu, 8 Julai 2017

Mahathir takut Anwar beri keterangan dalam RCI sembang Najib

Pengumuman Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh menjadi perdana menteri dibuat kerana bimbang ketua umum PKR itu akan memberi keterangan terhadapnya dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai skandal tukaran wang asing (forex).
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, penemuan RCI boleh membawa kepada pendakwaan jenayah terhadap bekas perdana menteri itu.
"Jadi dia (Mahathir) tidak berdaya kerana individu yang sangat relevan dengan kes itu seperti Anwar akan memberi keterangan terhadapnya. Adalah ironi apabila Mahathir kini memerlukan Anwar, lelaki yang dipecat dan dipenjarakannya.
"Sama seperti dia kini memerlukan Lim Kit Siang, seorang lagi lelaki yang dia penjarakan, walaupun pada hakikatnya, Lim mengawal pembangkang kerana DAP mempunyai majoriti kerusi parlimen - sedangkan parti Mahathir hanya mempunyai satu kerusi," kata Najib dalam satu kenyataan dalam bahasa Inggeris malam ini.
Kenyataan Najib dibuat selepas Mahathir dalam wawancara dengan The Guardian yang berpangkalan di United Kingdom tidak membantah sekiranya Anwar dipilih menjadi perdana menteri.
Bagaimanapun, Mahathir hari ini juga menegaskan bahawa beliau tidak membuat kesilapan apabila menyekat Anwar ke jawatan Perdana Menteri dengan memecatnya sebagai timbalannya pada tahun 1998.
'Bukan mengenai pilihan raya'
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu juga menegaskan bahawa Anwar hanya boleh menjadi perdana menteri jika Pakatan Harapan menang pilihan raya dan apabila perdana menteri sementara berjaya membebaskannya.
"Ini dibuat selepas Mahathir menjatuhkannya selama 20 tahun dan menggunakan segala cara yang mungkin untuk menghapuskan Anwar dari politik, termasuk menangkapnya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan sekarang, mendakwa dan memenjarakannya serta kempen berterusan untuk menyerang moralnya.
"Bagaimanapun, seperti yang Mahathir tahu, Anwar tidak boleh bertanding secara sah, jadi U-turn ini bukan mengenai pilihan raya umum akan datang.
"Pada hakikatnya, pendedahan baru Mahathir terhadap Anwar didorong oleh kebimbangannya mengenai keputusan Kabinet untuk membentuk RCI bagi menyiasat kebenaran di sebalik kerugian RM30 bilion forex semasa menjadi perdana menteri, seperti laporan terpeinci pasukan Petugas Khas," katanya.
Skandal forex berlaku ketika Mahathir menjadi perdana menteri pada akhir 1980-an dan awal 1990-an, menyebabkan Bank Negara mengalami kerugian besar.
Pembangkang mengalu-alukan suruhanjaya itu walaupun terlewat hampir 30 tahun, namun turut menuntut RCI ke atas skandal 1MDB yang tidak diendahkan oleh kerajaan.

3 ulasan:

  1. Hahahaha...terbongkar jugak rahsia bhw RCI matawang itu adalah rancangan ketua penyamun 1 malaysia najib al haramjadah....sbb belum lg selesai RCI tu siasat....najib dah tahu keputusan bhw DSAI akan beri keterangan utk melibat mahathir....sabar2 sikit najib....kang ko sendiri yg buka rahsia keburukan dan kebusukan ko tu.....hihihihi....DSAI senyap jer...dia pulak yg meroyan....

    BalasPadam
  2. Sapa yang begitu takut sampai terpaksa buat RCI forex utk divert isu 1MDB?

    BalasPadam
  3. najib bin nazak8 Julai 2017 8:08 PTG

    Najib lantikbIsa Samad @ Ketot jadi Chairman SPAD sebab takut Isa bongkar zina dia dgn Ziana Zain di Port Dickson.

    takut juga malaun najib kat mat ketot

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA