Rabu, 26 Julai 2017

‘Lanjut tempoh Raus bukti Sabah, S'wak tak setaraf Malaya’

Pelanjutan tempoh perkhidmatan Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus Sharif bukan sahaja tidak berperlembagaan tetapi membuktikan bahawa Sabah dan Sarawak bukan rakan kongsi yang setaraf dengan Malaya dalam Persekutuan Malaysia, kata wakil-wakil rakyat pembangkang.
Ini kerana, menurut mereka dalam satu kenyataan bersama, tidak pernah ada hakim dari Sabah atau Sarawak yang dilantik ke jawatan perundangan tertinggi negara ini.
Lanjutan tempoh khidmat Md Raus menghalang Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, daripada dilantik sebagai Ketua Hakim Negara, kata mereka selepas perbincangan meja bulat yang dianjurkan Ahli Parlimen Bandar Kuching Chong Chieng Jen dan Ahli Parlimen Sandakan Wong Tien Fatt.
Menurut pernyataan bersama itu, diskriminasi sedemikian tidak selaras dengan semangat 'rakan kongsi sejagat' di antara Sabah, Sarawak dan Persekutuan Tanah Melayu di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Hadir pada sidang meja bulat hari ini ialah Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah), Jimmy Wong (DAP-Kota Kinabalu), Tan Kok Wai (DAP-Cheras), M Kula Segaran (DAP-Ipoh Barat) (DAP-Seputeh), Julian Tan (DAP-Stampin), Oscar Ling (DAP-Sibu), Alice Lau (DAP-Lanang), Wong Ling Biu (DAP-Sarikei) ), Jeff Ooi (DAP-Jelutong), Darrell Leiking (Parti Warisan Sabah-Penampang), Raja Kamarul Bahrin (AMANAH-Kuala Terengganu).
Turut hadir ialah bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA