Khamis, 20 Julai 2017

Ku Nan: Dr Mahathir ‘tak betul’, kacau kerajaan Najib

Setiausaha agung Umno itu berkata, beliau tidak tahu tujuan sebenar Dr Mahathir Mohamad mencabar perdana menteri berdebat dengannya.
tengku-nan-mahathirKUALA LUMPUR: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad “tidak betul” apabila mencabar perdana menteri untuk berdebat di forum “Nothing to Hide 2.0”.
Setiausaha agung Umno yang lebih mesra dipanggil Ku Nan itu berkata, beliau juga tidak tahu apa yang sebenarnya dikehendaki pengerusi PPBM dan Pakatan Harapan itu.
“Sudah-sudahlah. Apa lagi nak kacau kerajaan ditadbir perdana menteri. (Kerajaan) yang ada sekarang ditadbir cara Datuk Seri Najib Razak.
“…negara ini tak ada masalah, negara ini sedang bergerak,” katanya selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), hari ini.
Baru-baru ini, Dr Mahathir mencabar Najib menghadiri forum “Nothing to Hide 2.0″ anjuran Pemuda PPBM di Shah Alam pada 13 Ogos ini bagi menjawab segala tohmahan terhadap diri mereka.
“Bagi saya rancangan ini akan memberi peluang untuk penjelasan terhadap tuduhan dan fitnah yang dilempar terhadap diri saya. Demikian juga Datuk Seri Najib berpeluang menjawab segala tuduhan terhadap dirinya,” katanya.
Mengulas lanjut, Tengku Adnan yang juga menteri Wilayah Persekutuan berkata, Dr Mahathir mungkin kecewa kerana anaknya, Datuk Seri Mukhriz tidak dipilih sebagai naib presiden Umno sebelum ini.
Dalam perkembangan lain, beliau mengingatkan penjawat awam yang merupakan ahli Umno tidak mendedahkan isi kandungan mesyuarat parti itu atau tindakan akan dikenakan kepada mereka.
“Saya minta penjawat awam, mereka semua ada akta sumpah, jangan kena makan sumpah kerana benda ini kalau ada rahsia kerajaan, jangan kita sebarkan,” kata ahli Parlimen Putrajaya itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA