Ahad, 23 Julai 2017

Kita akan korek sejarah pentadbiran Dr Mahathir, sembang KJ


 Kita akan korek sejarah pentadbiran Dr Mahathir, kata KJ
Khairy menyifatkan tindakan Dr Mahathir yang mencabar Umno menyebabkan rekod pemerintahannya akan dikorek dan didedahkan sehingga pemimpin PH lain tidak senang duduk. 
UMNO akan menggali sejarah Dr Mahathir Mohamad dan menjadikannya serta sekurunya dalam Pakatan Harapan tidak selesa, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Katanya Dr Mahathir yang mempengerusikan PH akan berdepan rekodnya sendiri ketika beliau menjadi perdana menteri sejak 1981 sehingga 2003, seperti bagaimana beliau mengendalikan ekonomi dan berurusan dengan institusi persekutuan.
Beliau memetik forex Bank Negara Malaysia (BNM), penswastaan MAS, krisis kehakiman dan skandal lain yang berlaku ketika pentadbiran Dr Mahathir.
“Orang kata kami siasat skandal lama dalam kerugian forex tetapi tidak kisahlah berapa lama berlaku, kita perlu siasat salah laku (yang berlaku),” kata Khairy dalam ucapannya semasa perasmian mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kepala Batas hari ini.
“Saya tidak suka bercakap buruk tetapi orang ini asyik menyalahkan pentadbiran sekarang sedangkan dia ada rekod lebih teruk. Jika tidak mahu sejarah dibuka kembali, duduk diam saja.
“Tetapi dia cabar kami, cakap tentang semua benda…kleptokrasi dan macam-macam lagi. Jadi sejarah akan dibuka. Kami akan gali dan bongkarkan. Kami akan biarkan rakyat buat keputusan sendiri.”
Pada sidang media selepas itu, Khairy bercakap tentang Krisis Kehakiman Malaysia 1988 apabila Dr Mahathir menggantung dan memecat Hakim Mahkamah Agung Salleh Abbad dan dua lagi hakim mahkamah yang sama.
Krisis itu berlaku selepas pemilihan Umno pada 1987, yang buat pertama kali dalam temph 12 tahun, presiden ketika itu- Dr Mahathir- dicabar. Dr Mahathir memenangi pemilihan dan menekan mereka yang menentangnya, membuatkan 12 orang ahli Umno memfailkan saman di Mahkamah Tinggi untuk mengisytiharkan keputusan pemilihan itu tidak sah.
“Kita perlu korek sejarah. Ia akan membuatkan dia tidak selesa. Jika kita rujuk kembali kenyataan (ketua pembangkang Parlimen DAP) Lim Kit SIang dalam Dewan Rakyat, sudah tentu ia akan buatkan pemimpin PH tak senang duduk,” kata Khairy.
Kenyataannya itu adalah untuk menentang kritikan Dr Mahathir kepada kerajaan persekutuan kerana melanjutkan khidmat Ketua Hakim Md Raus Shariff dan Presiden Mahkamah Rayuan Zulkefli Ahmad Makinuddin, mengatakan yang badan kehakiman perlu bebas dan tidak dikawal kuasa eksekutif.
“Sama seperti kes forex bila Lim (Kit Siang) berjumpa dengan panel siasatan skandal. Lim kata mereka yang bertanggungjawab ialah perdana menteri dan menteri kewangan ketika itu, iaitu Dr Mahathir dan (ketua umum PH) Anwar Ibrahim.
“Jadi bagaimana mereka akan boleh terus menjadi sekutu poilitik apabila semuanya dibongkar kembali? Kita akan lihat perbezaan pandangan dan pendirian.
“Kita akan nampak yang pakatan itu tidak dibentuk berdasarkan kebenaran dan prinsip. Jika betul, mereka tidak akan mampu bekerjasama dari mula. Semuanya kerana kuasa,” katanya, menambah yang parti seperti itu tidak patut membentuk kerajaan.

Dalam ucapan sebelum itu, Khairy juga berkata di mana sahaja, bekas pemimpin yang sudah melangsaikan tempoh pentadbirannya tidak akan mengkritik pemimpin selepas itu.
Katanya, malah bekas Presiden Amerika Barack Obama yang sudah pasti tidak bersetuju dengan Donald Trump tidak mengkritik presiden baru itu secara terbuka.
“Biar rakyat yang tentukan sendiri. Kami bukan kerajaan kuku besi yang tiada pilihan raya, Bagi saya, lebih baik kita tumpukan kepada masa depan baru untuk Malaysia,” katanya.
Khairy kemudian mengkritik kepimpinan yang ditawarkan PH, mengatakan baru-baru ini beliau ada melihat mesej WhatsApp yang mempromosikan harapan baru Malaysia memaparkan Dr Mahathir dan Anwar.
“Bagi saya, itu dah lepas. Cerita lama. Sekarang 2017. Adakah mereka memutarkan kembali tahun 90-an dan 80-an? Di bawah Najib, bila kita bercakap soal masa depan, ia adalah tentang Transformasi Nasional 2050.”
Khairy mengakui yang pilihan raya untuk Umno semakin sukar kini kerana orang Melayu mempunyai empat parti berasaskan orang Melayu- PKR, PAS dan Amanah serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pimpinan Dr Mahathir- untuk dipilih.
Tetapi beliau yakin yang orang Melayu mengingati apa yang Umno lakukan kepada mereka dan terhutang kepada parti itu atas kejayaan yang dicapai mereka.
“Umno yang bertanggungjawab untuk mobiliti sosial dinikmati orang Melayu dari kampung dan luar bandar. Hari ini ramai mereka ialah doktor, jurutera, tokoh korporat malah jutawan.
“Saya ada bertanya kepada orang Melayu yang bukan ahli Umno. Mereka ingat apa yang Umno buat untuk mereka…budak-budak kampung terima pendidikan dan biasiswa untuk ke universiti, dan usahawan dapat pinjaman kerajaan untuk perniagaan mereka.
“Bagaimana mereka boleh benci Umno bila mereka sendiri dibuat Umno?”
Khairy berkata rakyat memberitahunya yang masalah kini bukan dengan parti, tetapi dengan sesetengah orang dalam Umno.
“Ada orang dalam Umno yang mereka tidak suka, jadi sebagai ahli Umno kita perlu jaga diri dan tunjukkan kepada mereka apa Umno sebenarnya.
“Umno bukan parti untuk elit, bangsawan atau kaya. Ia untuk orang biasa, orang kampung. Kita perlu betulkan salah anggap ini dan biar mereka lihat sendiri yang Umno pedulikan rakyat dan akan bersama mereka dalam susah dan senang.
“Jangan buat kenyataan macam ‘kalau ayam mahal, makan benda lain’. Kita perlu jadi ahli Umno yang terbaik supaya rakyat tidak menolak parti,” katanya.

1 ulasan:

  1. Politik oxfart tak matang. Hang ingat org tak boleh korek dan dedahkan segala kepincangan hang masa pak mertua jd pm.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA