Rabu, 19 Julai 2017

Kit Siang percaya tempoh RCI untuk bantu Najib lawan Dr M

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang percaya bahawa tempoh tiga bulan untuk Suruhanjaya DiRaja Diraja (RCI) menyiasat kerugian pertukaran asing Bank Negara sememangnya direka untuk membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berdepan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kerajaan, semalam, mengumumkan anggota RCI, yang berkuat kuasa pada 15 Julai lalu. Ia telah ditugaskan untuk mengemukakan laporan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam tempoh tiga bulan.
Sebelum pengumuman itu, Lim tidak menolak kemungkinan pilihan raya diadakan pada akhir tahun ini.
Pemimpin veteran DAP itu berkata Najib mungkin mencontohi Mahathir, yang pada tahun 1999 membubarkan Parlimen semasa perbahasan bajet selepas membentangkan rancangan fiskal negara dua minggu lebih awal.
Mahathir dan penyokongnya sebelum ini menuduh Najib cuba membalas dendam politik dan menangkis perhatian daripada skandal 1MDB kepada RCI forex berhubung kejadian yang berlaku beberapa dekad lalu semasa Mahathir adalah perdana menteri.
Menurut mereka, RCI sepatutnya ditubuhkan untuk menyiasat 1MDB.
Mengulas lanjut, Lim berkata penubuhan RCI forex itu menjadi satu lagi penyalahgunaan kuasa jijik oleh Najib, kabinetnya, dan peguam negara.
“(Ini) apabila mereka menubuhkan RCI berhubung skandal forex yang berlaku suku abad lalu tetapi tidak pula menubuhkan RCI untuk menyiasat skandal kewangan terbesar.
“Apa yang Najib dan kabinetnya sepatutnya lakukan adalah menubuhkan RCI bagi menyiasat skandal 1MDB dengan tempoh masa yang sama seperti RCI ke atas skandal forex iaitu dalam tempoh tiga bulan!” katanya dalam satu kenyataan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA