Rabu, 12 Julai 2017

Keuntungan 1MDB juga digunakan untuk program kebajikan sembang Najib

Najib berkata program tajaan 1MDB boleh diteruskan jika kerajaan sedia ada dipertahankan serta dikekalkan.
najib-1mdb Keuntungan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bukan hanya digunakan untuk program tajaan ke tanah suci, sebaliknya merangkumi pelbagai inisiatif lain membabitkan bantuan perumahan dan pendidikan dengan nilai ratusan juta ringgit, kata Datuk Seri Najib Razak
Perdana menteri berkata, usaha 1MDB dengan sebahagian daripada keuntungannya digunakan untuk membangunkan masyarakat itu tidak boleh dibiarkan musnah disebabkan andaian individu yang disifatkannya sebagai “tidak boleh pakai sama sekali”.
Sehubungan itu, golongan imam dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sebagai pemimpin yang dekat dengan masyarakat di peringkat akar umbi, perlu memperbetulkan dan memperjelaskan dakwaan tidak benar mengenai 1MDB yang dibuat pihak berkepentingan berkenaan.
“Sebab itu, apabila orang kritik 1MDB, kita sebagai pemimpin masyarakat mesti faham. Ini kerana sebahagian keuntungan 1MDB kita (kerajaan) gunakan untuk program kebajikan, tetapi ia tidak disebut,” katanya pada majlis penyerahan surat tawaran menunaikan haji tajaan Yayasan 1MDB kepada 1,100 penerima hari ini.
Majlis penyerahan surat tawaran kepada 1,100 orang yang terdiri daripada imam, ketua kampung dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) itu berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Najib berkata program khas haji tajaan yayasan 1MDB boleh diteruskan jika kerajaan sedia ada dipertahankan serta dikekalkan pada masa datang.
“Saya harap anda yang akan mengerjakan haji ini dapat mendoakan supaya negara dan kepimpinan negara dapat dikekalkan untuk kesinambungan program kebajikan yang dilaksanakan.” katanya.
Najib berkata di sebalik pelbagai tohmahan negatif segelintir pihak termasuk seorang bekas perdana menteri, 1MDB menghantar 5,711 jemaah dengan tajaan RM57 juta sejak inisiatif itu dilaksanakan 5 tahun lepas.

2 ulasan:

  1. Berapa byk untung 1mdb sekarang ye...berapa byk pula yg dibelanjakan untuk kebajikan..yg diumum belanja utk haji 2017...lebih kurang 55juta..lagi utk ape ye....

    BalasPadam
  2. Najib menipu rakyat malaysia, berlainan pula laporan Jabatan Audit Negara yg menyatakan kerugian 1mdb.

    Ini ringkasan laporan Jabatan Audit Negara;

    Secara keseluruhannya, prestasi Kumpulan 1MDB adalah kurang memuaskan. Setelah beroperasi selama enam tahun, 1MDB menghadapi masalah hutang dan aliran tunai. Syarikat ini terpaksa menjual aset-aset strategik seperti aset tenaga dan hartanah bagi melunaskan hutangnya. Perkara ini berlaku walaupun Kerajaan telah memberi bantuan melalui jaminan, surat sokongan dan standby credit.

    Dari segi tadbir urus pula, sebagai sebuah syarikat kerajaan 1MDB yang menguruskan dana yang begitu besar sepatutnya mengamalkan prinsip-prinsip tadbir urus yang baik seperti panduan yang dikeluarkan oleh Putrajaya Commitee on High Performance GLC melalui Green Book: Enhancing Board Effectiveness dan Blue Book: Intensifying Performance Management Practices.Bagaimanapun, banyak amalan oleh pihak pengurusan 1MDB yang menjurus kepada kelemahan tadbir urus seperti tidak mematuh keputusan dan arahan Lembaga Pengarah 1MDB, tindakan diambil oleh pihak pengurusan sebelum kelulusan khusus daripada Lembaga Pengarah 1MDB dan pelaburan yang besar dibuat tanpa penilaian terperinci.

    Sehingga kini, objektif penubuhan asal 1MDB sebagai pemangkin pembangunan strategik dan menggalakkan aliran masuk pelaburan asing ke negara ini masih belum tercapai sepenuhnya. Sebagai contoh, pelaburan yang dibuat dalam sektor tenaga untuk mengukuhkan keselamatan tenaga negara dan pelaburan strategik jangka panjang tidak tercapai kerana telah dijual kepada pelabur asing. Perkara ini berlaku kerana syarikat terpaksa memberi keutamaan untuk mengurus pinjaman yang telah meningkat secara mendadak dalam tempoh operasinya iaitu dari RM5 bilion pada bulan Mei 2009 kepada RM55 bilion pada bulan Oktober 2015.

    Modal perniagaan 1MDB pula terlalu bergantung kepada pinjaman dan ini amat membebankan syarikat dan tidak mampan kerana syarikat tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk membiayai pinjaman dan kos operasinya. Sungguhpun pelan rasionalisasi dapat mengurangkan beban hutang, Kerajaan masih perlu membantu melangsaikan hutang syarikat pada masa hadapan sekiranya tidak dapat meminjam daripada institusi kewangan atau pihak lain.

    Sesungguhnya pengalaman yang dilalui oleh 1MDB telah mendapat perhatian umum dan antarabangsa dengan begitu meluas sepatutnya menjadi pengajaran kepada semua syarikat GLC negara ini tentang peri pentingnya tadbir urus yang cekap dan berintegriti diamalkan. Dari segi amalan terbaik tadbir urus korporat, Malaysia telahpun mempunyai panduan dan pedoman yang sewajarnya sentiasa dipatuhi oleh semua GLC.

    —TAMAT—

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA