Rabu, 19 Julai 2017

KERAJAAN UMNO@BN AKAN KAJI TUNTUTAN INDIA MUSLIM MAHUKAN STATUS BUMIPUTERA, SEMBANG NAJIB


KERAJAAN akan mengkaji secara mendalam tuntutan komuniti India Muslim yang mahukan status Bumiputera sama ada melalui pentadbiran atau pewartaan, kata Perdana Menteri Najib Razak.
“Saya dengar tuntutan yang dibuat saudara Dhajudeen dan saya menerima bahawa India Muslim ini adalah sebagai Bumiputera.
“Soalnya bagaimana ia dilaksanakan, kita akan kaji lebih mendalam lagi sama ada daripada segi pentadbiran ataupun yang dikehendaki tadi – pewartaan. Namun tuan dan puan (adalah) Bumiputera,” katanya semasa jamuan Hari Raya dan hari keluarga NGO India Muslim Malaysia bersama perdana menteri di Maeps, Seri Kembangan hari ini.
“Saya juga terima pandangan ada pusat komited (aktiviti). Jadi bolehlah berunding dengan saya apa bentuk yang sesuai,” kata Najib lagi.
Terdahulu, Presiden Persekutuan Pertubuhan India Muslim Malaysia (Permim) Dhajudeen Shahul Hameed membuat tiga tuntutan dalam ucapannya, mewakili NGO India Muslim di negara ini.
Beliau berterima kasih kepada kerajaan kerana mengiktiraf komuniti tersebut sebagai Bumiputera namun menuntut agar Najib mengeluarkan surat pekeliling berhubung pengiktirafan itu bagi menangkis persepsi masyarakat terhadap komuniti tersebut.
“Walaupun kami di iktiraf sebagai Bumiputera, tapi banyak tafsiran masyarakat dan birokrasi. Oleh itu kami harap Datuk Seri Najib keluarkan surat pekeliling bahawa India Muslim adalah Bumiputera,” katanya kepada 20,000 hadirin daripada komuniti itu.
Beliau juga menuntut agar Najib menyediakan pusat untuk menjalankan aktiviti keagamaan dan sosial dengan memperuntukkan sebidang tanah seluas 15 hektar di kawasan Kuala Lumpur atau Putrajaya.
Manakala tuntutan ketiganya supaya kerajaan mendengar permohonan mereka agar melantik seorang pegawai khas di Jabatan Perdana Menteri untuk mengelola komuniti itu.
Pada 2017, jumlah Bumiputera mencatatkan peningkatan 0.2% berbanding 2016, merangkumi 68.8% daripada jumlah populasi negara ini.
Bagaimanapun, peratusan kaum Cina menunjukkan penurunan kepada 23.2%, manakala kaum India dan lain-lain kekal pada 7.0% dan 1.0% pada tahun 2016.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA