Khamis, 13 Julai 2017

Kempen jelajah BSN bukti PKR terdesak, sembang KP Jasa

JELAJAH "Jom Bina Semula Negara" diterajui Rafizi Ramli menunjukkan betapa terdesaknya PKR hendak menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN), kata Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Puad Zakarshi.
Beliau berkata naib presiden PKR itu kekeringan idea dan terpaksa bergantung pada jelajah selepas skandal 1MDB gagal menarik pengundi.
“Jadi sekarang dia terpaksa guna isu seperti gaji minimum dan kos sara hidup sebagai sebahagian kempennya.
“Itu cubaan terdesak. Lihat saman pertama Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) terhadap 1MDB.
“Ada sesiapakah didakwa sehingga hari ini. Presiden AS Donald Trump sendiri tidak percaya pada DoJ,” katanya pada majlis sambutan rumah terbuka Aidilfitri jabatan itu di Kota Kinabalu, hari ini.
Turut hadiri ialah Ketua Menteri Sabah Musa Aman dan Pengarah Kumpulan Yayasan Sabah Sapawi Ahmad.
Dalam saman ketiga dan terbaru, DoJ mendedahkan AS$540 juta digunakan untuk membeli pelbagai aset dan antaranya ialah kapal layar, lukisan dan rantai berlian merah jambu berharga AS$27 juta.
Rantai itu dibeli untuk isteri “Malaysian Official No. 1”.
Puad berkata Malaysia bukan negara gagal seperti didakwa Rafizi, dan berkata kerajaan ada semua laporan menunjukkan ekonomi berjalan agak baik pada masa ini.
Katanya, jelajah "Jom Bina Semula Negara" sepatutnya dipanggil "Jom Binasakan Negara".
Beliau berkata Rafizi seorang penipu kerana mempunyai empat sabitan kesalahan menunjukkan beliau sering bercakap bohong dan fitnah.
“Tetapi rakyat tidak bodoh untuk mempercayainya. Keputusan Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar membuktikannya,” katanya.
Pakatan Harapan kalah teruk dalam pilihan raya kecil itu tahun lalu menyaksikan BN kekal di kedua-dua kerusi dengan majoriti 9,191 pengundi di Sungai Besar dan 6,969 di Kuala Kangsar.

7 ulasan:

  1. Sebagai pengarah Jasa yg dikatakn akn bertanding peringkat Dun Johor pd pru14, adalah antara 2 tiga calon utk dcdgnkn utk dilantik sebagai Mb baru jika Johor kekal dgn BN.
    Jgn hrp la Fuad dn Aziz Kaprawi. Mu jumpa Tengku Sultan dulu yg pastinya amat senang dgn Khalid.
    Dah mula melobi 3 empat hr ni demi memujuk najib pilih dia.
    Fuad, sebenarnya Bn yg mengelabah takut kalah. Bn yg tdesak hgga terkeluar semua askar upahan dgn peluru bodek. Yg membodek membabi buta. Kenapa ramai menteri2 dn bukan menteri yg tidak melihat isu 1Mdb satu isu nasional. Kenapa x pujuk ajib dn kak mah utk lpskn jwtn. Kenapa x mintak kerajan kembali pd rakyat...!

    BalasPadam
  2. bekas umno bangsar14 Julai 2017 12:42 PG

    Pemimpin umno sekarang semuanya dari spesis penipu. Disebabkan terlalu banyak dedak yang masuk temolok. Tak hairan kalau semua kata2 yg keluar dari mulut spesis ini tak boleh pakai. Depa bukan peduli rakyat susah kerana gst, rasuah, harga barang yg kian naik. Depa ingat rakyat bodoh tak tahu apa yg depa buat. Satu negara susah kerana dedak yg ditabur kepada pemimpin2 umno. Kononnya untuk parti dan pembangunan. tapi semuanya masuk temolok mereka dan sekutunyA. Dah tu rakyat pulak yg kena tanggung bebannya.. Umno dan Bn pasti berkubur di pru nanti

    BalasPadam
  3. Katalah apapun fuad...
    Rakyat semakin sedar akan kesilapan yang umno bn buat spt 1mdb, felda,
    fgv, gst, tiada subsidi, harga minyak petrol naik. Rakyat terasa beban ekonomi.
    InsyaAllah jika PH menang pru14, umno akan pupus. Demi kestabilan negara Sabah Sarawak dan fuad pun akan sertai PH, lihatlah nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebelum dia diterima masuk ph, aku nak sekeh kepala dia dulu. hahaha

      Padam
  4. Jawatan KP, KP tu apa? Kalau KP tu ketua pengarah tentu tahu makna menggulingkan kerajaan , kat Malaysia ni kerajaan Persekutuan dipanggil Kerajaan Malaysia, BN hanyalah parti yang mendapat majoriti dan diberi amanah oleh pengundi untuk URUSTADBIR Kerajaan Malaysia mengikut Perlembagaan dan Undang undang yang telah digubal dan diluluskan serta telah diwartakan, BN bukan kerajaan, amanah yang diberi oleh pengundi jika tidak dilakukan diAKHIRAT NANTI AKAN DISOAL. Pakatan Harapan bukan hendak menggulingkan kerajaan, Pakatan Harapan mengajak rakyat menukar pemimpin pemimpin yang MENTADBIR URUS KERAJAAN MALAYSIA dari pemimpin pemimpin yang heboh diseluruh dunia dikatakan menyeleweng, tidak amanah kepada pemimpin pemimpin yang akan mentadbir urus Kerajaan Malaysia dengan amanah, bertanggung jawab, ingatlah wahai pemimpin pemimpin kita semua akan disoal diAkhirat nanti.

    BalasPadam
  5. Kerajaan penyamun wajib digulingkanlah...lg pun kita guling secara demokrasi....dlm pilihanraya....knp????...teloq dah kecut ker....

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA