Rabu, 26 Julai 2017

Kekuatan BN terletak pada sistem naungan, sentuhan peribadi, kata Dr Mohd Azizuddin


Kekuatan BN terletak pada sistem naungan, sentuhan peribadi, kata ahli panel
Dr Azizuddin Mohd Sani berkata Umno mempunyai sokongan yang kuat terutamanya daripada pengundi luar bandar.
KEKUATAN Barisan Nasional adalah kerana kekuatan sistem naungan dan mengamalkan politik massa berasaskan sentuhan peribadi ke atas pengundi luar bandar,” kata profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani daripada Universiti Utara Malaysia.
 “Pakatan lebih kuat pada politik umum, manakala BN dan Umno mempunyai sistem naungan kuat, di mana ia sukar untuk dipecahkan kerana mereka berkembang dari atas ke bawah,” katanya pada forum Kajian semula Pakatan Harapan vs Barisan Nasional di Shah Alam hari ini.
“Mereka menghadiri majlis perkahwinan, pengebumian dan terlibat dengan komuniti. Dengan itu, mereka mempunyai sentuhan peribadi yang baik.”
Sebanyak 52 kerusi luar bandar adalah di tanah rancangan Felda katanya, dan menambah dia belum melihat Pakatan Harapan mampu menembusi akar umbi Melayu sama seperti yang dilakukan BN terutamanya selepas PAS meninggalkan pakatan pembangkang.
Sementara itu pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Maszlee Malik berkata, Bersatu turut mempunyai formula yang sama dengan Umno.
“Hanya sesuatu yang sama mampu tewaskan Umno. Semangat 46 (yang ditubuhkan Tengku Razaleigh Hamzah) juga sama pada 1990.
“Walaupun PKR parti Melayu, ia tidak mempunyai DNA yang sama. Tetapi mereka menang besar pada 1998 adalah kerana tragedi – Anwar Ibrahim, Jadi, pengundi Melayu akan beralih daripada sistem sokongan sekiranya berlaku tragedi,” tambahnya.
Panelis yang juga pegawai eksekutif Ideas, Wan Saiful Wan Jan berkata mungkin itu sebabnya Bersatu dipimpin ahli politik berusia, seperti Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir.
“Pakatan perlu melangkah lebih jauh daripada ahli politik berusia. Bersatu mempunyai 200,000 ahli, 55% daripadanya berusia bawah 35 tahun, namun mereka dipimpin pemimpin berusia.
“Tidak mengapa untuk ahli politik berusia menjadi pengerusi, presiden atau penasihat, tetapi untuk Kabinet atau perdana menteri perlu daripada generasi yang lebih muda. Sesiapa sahaja antara kita boleh menjadi PM,” katanya berseloroh merujuk kepada ahli panel lain.
Maszlee berkata, pada pilihan raya 2013 terdapat tsunami belia, Cina dan Melayu bandar.
“52% pengundi adalah wanita tetapi 70% daripada merkea mengundi BN. Dalam keahlian Bersatu, hanya 30% daripada mereka  adalah pengundi wanita dan mereka tiada ikon wanita.
“Itu yang boleh mereka usahakan,” tambahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA