Khamis, 13 Julai 2017

Jho Low tuduh Singapura politikkan isu 1MDB


Jho Low tuduh Singapura politikkan isu 1MDB
Jho Low (kanan) ahli perniagaan Malaysia yang didakwa berperanan penting dalam skandal 1MDB mengatakan tuduhan Singapura semalam sebagai berasaskan tanggapan yang tidak dibuktikan." 
LOW Taek Jho mengecam Singapura selepas negara itu menuduh ahli perniagaan Malaysia itu menjadikan 1MDB sebagai mangsanya, mendakwa republik itu mempunyai tujuan politik dalam kempen menentangnya.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan awal hari ini, rakan rapat pentadbiran Najib Razak dan keluarga perdana menteri Malaysia itu berkata sebarang cubaan untuk mengaitkan dirinya dengan mereka yang didapati bersalah mengaut keuntungan besar dalam perbicaraan 1MDB di Singapura hanyalah “berasaskan tanggapan yang tidak dibuktikan.”
Low, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, walaubagaimanapun, tidak menyatakan nama Yeo Jia Wei dalam kenyataan itu. Yeo ialah bekas jurubank di Singapura yang dijatuhkan hukuman penjara 54 bulan semalam kerana jenayah penggubahan wang haram dan kesalahan lain berkaitan 1MDB.
Yeo dilaporkan memanggil Low dengan gelaran “bos”.
Semalam, pendakwa raya Singapura dilaporkan berkata yang hampir AS$1 bilion yang sepatutnya digunakan sebagai pelaburan dalam urus niaga bersama PetroSaudi International Ltd  dimasukkan ke dalam akaun dimiliki Low.
Dia dinamakan sebagai orang penting dalam siasatan ke atas syarikat milik kerajaan Malaysia itu.
Menjawab tuduhan itu, jurucakap Jho Low berkata: “Ini ialah contoh melampaui batas tindakan bermotifkan politik dan naratif terpilih yang mendakwa 1MDB sebagai ‘mangsa’, sedangkan sudah jelas dinyatakan pihak berkuasa Malaysia yang tidak wujud salah guna dana 1MDB.”
“Tiada salah laku dibuktikan di mana-mana tempat berkaitan dengan dakwaan salah guna dana 1MDB, dan perkembangan terbaru di Singapura tidak mengubah (fakta itu).
“En Low percaya yang mana-mana pihak yang tidak berat sebelah sekiranya diberikan fakta lengkap akan melihat dakwaan itu pincang, berat sebelah dan membentuk gambaran yang tidak tepat.”
Low tidak dapat dikesan di Malaysia dan kemunculannya di tempat awam sangat jarang sekali berlaku sejak Singapura dan Amerika Syarikat memulakan siasatan mereka atas dakwaan wujudnya salah laku dalam 1MDB.

Dia juga menjauhkan diri daripada mengeluarkan kenyataan terbuka mengenai 1MDB.
Kenyataannya hari ini senada dengan naratif pentadbiran Najib bahawa tiada kesalahan berkaitan salah guna dana dilakukan 1MDB dan mana-mana pihak berkuasa atau negara yang mengatakan sebaliknya mempunyai motif politik yang bermatlamat melihat perubahan rejim pentadbiran Malaysia.
Dan tindakan jurucakap Low mengulangi skrip Putrajaya mempunyai satu makna: bertujuan untuk menggambarkan yang ahli perniagaan Malaysia itu tidak mempunyai niat untuk menentang lelaki yang menduduki Sri Perdana.
Wujud bisik-bisik dalam Umno yang Low mungkin berpaling tadah daripada pentadbiran sekarang sekiranya tekanan yang diberikan pihak berkuasa Singapura atau US dalam siasatan berterusan mereka terhadap 1MDB memuncak.
Kenyataannya hari ini nampaknya bertujuan mendiamkan bisik-bisik itu. Kita boleh jangkakan yang beberapa menteri akan bersorak hari ini dan menuduh “musuh” Malaysia didorong motif politik dalam isu 1MDB.

1 ulasan:

  1. Penyamun2 ni serentak mengeluarkan kata2 mengarut mereka.....hihihih

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA