Ahad, 23 Julai 2017

JHO LOW BERDEPAN TINDAKAN JIKA BENAR ADA DUA KERAKYATAN


AHLI perniagaan Low Taek Jho akan berdepan tindakan undang-undang jika benar beliau mempunyai dua kerakyatan, yang tidak dibenarkan mengikut perlembagaan.
Timbalan Menteri Luar Reezal Merican Naina Merican berkata tidak ada sesiapa yang akan mendapat layanan istimewa dalam perkara itu.
“Tidak ada layanan istimewa untuk sesiapa. Sesiapa yang ada dua kerakyatan akan berdepan tindakan mengikut undang-undang diperuntukkan perlembagaan.
“Kami menunggu laporan daripada Kementerian Dalam Negeri,” katanya di Kepala Batas hari ini.
Low atau dikenali sebagai Jho Low didakwa memegang dua kerakyatan iaitu Malaysia dan kepulauan Caribbean, St Kitts dan Nevis.
Semalam dilaporkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunggu respons Wisma Putra berhubung dakwaan itu.
Ketua Pengarah JPN Mohd Yazid Ramli dilaporkan berkata jabatannya menulis kepada Kementerian Luar untuk mendapatkan maklumat yang relevan dari negara kepulauan Caribbean itu.
Low, yang tidak diketahui lokasinya berada dikaitkan dengan skandal 1MDB, yang menyaksikan berbilion ringgi didakwa diselewengkan oleh beberapa individu tertentu.
Beliau menafikan tuduhan itu. Pemimpin pembangkang sebelum ini mencabar kerajaan membatalkan pasport Low untuk memaksanya kembali ke Malaysia bagi menjawab semua tuduhan terhadapnya.
Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi yang juga timbalan perdana menteri berkata Malaysia boleh membatalkan kerakyatan Low jika benar beliau mempunyai dua kerakyatan.

3 ulasan:

  1. Kita tggu apakah tindakan undang2 yg akn diambil pd Jho Bow oleh Menteri Dalam Negeri.
    I help you, You help me

    BalasPadam
    Balasan
    1. Low tidak diketahui lokasinya berada, macam mana menteri ini mahu ambil tindakan? Low ialah individu yg dikaitkan dengan penipuan 1mdb.

      Padam
  2. Taik jo lo ni kenalan rapat keluarga najib. Mana nak ambil tindakan. Bani melayu kena kencing sokmo

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA