Ahad, 30 Julai 2017

Jamal bawa 7,000 pengundi baharu ke Sekinchan


Jamal bawa 7,000 pengundi baharu ke Sekinchan
Ketua Bahagian Umno Sungai Besar, Jamal Md Yunos mendakwa memperolehi 7,000 pengundi baru luar untuk mengundi di Sekinchan semalam.
KETUA Bahagian Umno Sungai Besar Jamal Md Yunos mengakui membawa masuk sejumlah 7,000 pengundi luar ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekinchan sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya ke-14 (PRU14).
Berucap merasmikan Mesyuarat Pemuda Umno Subang malam semalam, beliau berkata sudah bertemu dengan semua 7,000 pengundi luar itu dan meminta mereka menandatangani perjanjian untuk mengundi pada PRU14 yang dijangka akan berlaku lebih kurang dua bulan lagi.
"Apa yang Sungai Besar lakukan tak mustahil (menjumpai) 7,000 pengundi (baru, untuk) didaftar dan dipindahkan ke Sekinchan.
"Sekurang- kurangnya dalam 7,000 ini paling kurang 85% daripada mereka akan mengundi Barisan Nasional," katanya dalam mesyuarat yang diadakan di SMK Sierramas Sungai Buloh Selangor malam semalam.
Di depan hampir 350 ahli Pemuda Umno Subang, beliau turut berjanji akan membantu Umno memenangi kawasan itu dalam pilihan raya akan datang.
Katanya seperti di Sungai Besar, beliau akan membantu Subang yang mempunyai satu kerusi Parlimen dan dua DUN dengan "membawa masuk atau memindah pengundi" meskipun ia akan melibatkan "kos tinggi hingga berjuta- juta ringgit".
"Kita susun (dan) rangka balik supaya DUN (Subang) kita tambah pengundi, kita pindahkan pengundi dengan apa cara pun walau melibatkan kos berjuta ringgit," katanya.
Selain itu, dalam majlis tersebut beliau juga mengumumkan  pemberian sebanyak RM 50 seorang kepada setiap ahli Umno yang hadir pada malam itu untuk hanya melaungkan kata semangat “hidup Umno Subang”.

"Hidup Umno Subang, terima kasih, RM50 setiap seorang untuk laungan itu," katanya yang disusuli dengan tepukan gemuruh.
Jamal yang ditemui media selepas acara itu mengakui angka 7,000 pengundi luar merupakan gerak kerja yang digerakkan Umno Sungai Besar selepas Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13).
"Ia berlaku selepas PRU13, dan saya memegang tampuk Sungai Besar, kita melakukan insiatif sendiri dengan mengarahkan ketua cawangan untuk mencari pengundi luar ini," katanya.
Katanya, 7,000 pengundi luar itu adalah daripada “DNA” Umno iaitu kumpulan yang ibu bapa mereka tinggal di Sekinchan tetapi anak mereka bekerja dan tinggal di luar.
"7,000 ini daripada DNA Umno, kita jumpa mereka, mereka ini pengundi baru yang tidak berdaftar.
"Mulanya kita daftarkan mereka sebagai ahli Umno dan kemudian kita daftarkan mereka sebagai pengundi.
"Sebelum ini, Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) Sekinchan Ng Suee Lim menuduh saya membawa masuk pengundi (luar), sebenarnya ini yang dilakukan dulu," katanya merujuk kepada dakwaan wakil rakyat DAP itu Februari lalu.

4 ulasan:

  1. Buatlah apapun Jamal... asalkan jangan menyebabkan pendapatan dan rezeki menjadi haram sudahlah, pastikan pengundi pengundi tersebut mengundi dengan ikhlas, jangan bagi rasuah kerana dosa makan rasuah lebih besar dari dosa makan babi, buat apa yang mendatangkan pahala, jangan buat apa yang dibalas dengan dosa, jika jujur selamatlah jika tidak tunggulah balasan dari Allah diakhirat kelak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Org mcm ni tahu ka dosa dan pahala?

      Padam
  2. Kita sesama umat yang mengaku berugama Islam ni kena saling ingat mengingati, itu tanggung jawab kita , kalau dia nak ikut bagus , jika tidak terpulanglah pada dia, kita dah lepas.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum wr wb.

    Salam ukhuwah islamiah buat semua saudaraku baik yang menjadi TKI/ TKW maupun yang ada di dalam negri.
    BISMILLAHIRROHMANIRRAHIM
    Mohon maaf jika kehadiran saya di blog ini
    mengganggu kenyamanan pengguna blog,,
    Kehadiran saya di sini hanya ingin menyampaikan kepada saudara teman" yang sedang dalam kesulitan atau
    Terlilit hutang
    ekonomi menurun -atau asmara - membutuhkan bantuan dana besar,
    Jangan sungkan menghubungi MBAH KASSENG CALL/SMS : 0853-4288-2547
    Anda Akan Berhasil Sukses Jika Anda Mau Mengambil Keputusan Untuk Mengikuti Ritual Gaib MBAH KASSENG ...
    **** BELIAU MELAYANI SEPERTI: ***
    1.NOMOR TOGEL
    2.PESUGIHAN
    3.UANG GAIB

    …=>MBAH KASSENG<=…
    CALL/SMS : +62853-4288-2547

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA