Isnin, 31 Julai 2017

Iskandar Kutty menurut Mukhriz Mahathir FC

Laman Facebook dengan nama Mukhriz Mahathir FC hari ini menjelaskan asal usul bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Penjelasan itu dibuat susulan kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengungkitkan sejarah Mahathir yang berketurunan India dan mempergunakan Melayu selama 22 tahun semasa pentadbirannya.
Ahmad Zahid, yang juga menteri dalam negeri, menunjukkan salinan kad pengenalan (IC) Mahathir, yang memaparkan namanya sebagai "Mahathir a/l Iskandar Kutty".
Namun, menurut laman Facebook berkenaan, individu yang datang dari Kerala, India bukan bapa Mahathir sebaliknya adalah datuknya yang bernama Iskandar.
Malah, dalam tulisan di Facebook turut menjelaskan, Kerala bukan bangsa asal India tetapi berketurunan Yaman.
Katanya, Iskandar kemudian berkahwin dengan seorang wanita dari Johor dan mereka mendapat seorang anak lelaki bernama Mohamad - yang adalah bapa Mahathir.
"Yang datang dari Kerala bukan ayahanda Tun M (Mahathir) tetapi nenda (atuk) Tun M bernama Iskandar.
"Kerala adalah bukan bangsa asal India, tetapi berketurunan Yaman.
"Iskandar berkahwin dengan Siti Hawa dari Johor maka lahirlah Mohamad pada 1881 di Pulau Pinang.
"Mohamad pula berkahwin dengan Wan Tempawan Bt Wan Hanafi maka lahirlah Tun M @Che Det. Che adalah kerana Wan berkahwin dengan rakyat kebanyakkan," kata kenyataan itu.
Menjelaskan lanjut salasilah Mahathir, Iskandar dikatakan datang ke Tanah Melayu melalui Syarikat Hindia Timur untuk mengajar bahasa Inggeris di istana.
Mohamad pula adalah pengetua pertama di Kolej Sultan Abdul Hamid, Kedah, menurut Facebook berkenaan.
"Nenda (Iskandar) di datangkan oleh Syarikat Hindia Timor (British) untuk mengajar bahasa Inggeris di Istana.
"Manakala Mohamad adalah pengetua pertama Kolej Sultan Abdul Hamid di Kedah.
"Perlu teliti salasilah dan wasilah asli sebelum memuatnaik status keturunan seseorang tanpa kepastian sendiri," kata kenyataan itu lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA