Selasa, 18 Julai 2017

INILAH YANG DIKATA LEBIH UMNO DARIPADA UMNO

Wah…wah…wah…hebatnya Nik Abduh Nik Aziz sekarang ini.
Kata beliau, rakyat tidak harus membelakangkan pemerintah dengan mendengar hasutan yang memfitnah pemimpin.
“Mereka berjaya menyebarkan ketidakpuasan melalui fitnah dan pembohongan sehingga tidak lagi mensyukuri nikmat keharmonian sedia ada,” demikian antara kata-katanya.
Apa yang fitnahnya terhadap pemimpin dan pemerintah?
Adakah 1MDB itu suatu fitnah? Apakah Jho Low yang merupakan dalang mencuri duit suatu 1MDB fitnah?
Adakah wang RM2,600 juta dalam akuan bank Najib Razak juga fitnah? Adakah anak tiri Najib membeli apartment mewah ratusan juta ringgit di New York dan London suatu fitnah?
Adakah keluarga Najib bermewah, membazir dan membeli-belah di sana-sini fitnah? Adakah isteri Malaysian Official 1 menerima hadiah barang kemas, termasuk rantai dan loket berwarna merah jambu dengan jumlah keseluruhan RM128 juta juga suatu fitnah?
Tidak syak lagi, kenyataan ini tentunya, bukan saja amat menggembirakan Najib, tetapi juga semua pemimpin UMNO yang lain.
Pemimpin UMNO ketika ini pun ada yang segan-segan untuk bercakap sedemikian rupa lantaran mereka tahu hakikat yang sebenarnya mengenai Najib dan kerajaan, cuma ramai yang bertahan kerana jawatan, kedudukan, wang dan semata-mata “cari makan”.

Adakah Nik Abduh juga seorang yang “cari makan” atau sebagai pemimpin Pas yang hari-hari bercakap tentang Islam dan Al-Quran, beliau merasakan ada pahala dengan berkata demikian?
Di sebalik Pas masih mengatakan UMNO musuh mereka dan mereka mendakwa kononnya tetap dengan perjuangan untuk menumbangkan UMNO, kata-kata pemimpinnya jelas “lebih UMNO daripada UMNO”.
Di ketika ramai orang UMNO tidak lagi bersama UMNO atau jadi kurang UMNO, Nik Abduh dan sebahagian lagi pimpinan Pas sebaliknya jadi lebih UMNO daripada UMNO.
Mereka juga, malah dengan sendirinya membuktikan sudah jadi kurang Pas daripada mendokong perjuangan Pas itu sendiri. Seolah-olah mempertahankan Najib dan pemerintah lebih utama dan wajib.
Kenapa tak masuk atau bergabung saja dengan UMNO?

3 ulasan:

  1. Korang jangan layan mamat ni. Dok dlm parlimen dok diam xda isu... jgn pilih mamat ni lg. Balik2 creta psal hukum...
    Nk tanya ko, apa hukumnya jika melindungi pemerintah yg semua tau mkn duit rakyat...? Apa hukum jikada dikalangan rakan parti yg terima 90J dan kita pulak bersekongkokol..
    Apa hukum jikada dikalangan kita menganggu kehidupan org asli d Ktan.

    BalasPadam
  2. NIK ABDOH,KAMU YANG PATUT BERSYUKUR DAN BERTERIMA KASIH KEPADA RAKYAT DAN PENGUNDI, KERANA RAKYAT DAN PENGUNDI KAMU BOLEH HIDUP MEWAH, DAPAT ELAUN BERBELAS RIBU DAN BERBAGAI KEMUDAHAN, TAPI ADAKAH KAMU MEMBELA NASIB RAKYAT???? KAMU HANYA MEMBELA PEMIMPIN YANG MEMBEBANKAN RAKYAT, KAMU TAHU TAK BAGAIMANA RAKYAT SESANGSARA KERANA KOS SARA HIDUP YANG MELAMBUNG? KAMU TAHU TAK HARGA BARANG KEPERLUAN HARIAN MAKIN MEMBEBANKAN??? BEZA KAMU DENGAN ARWAH AYAH KAMU IBARAT BUMI DAN LANGIT, KAMU TERLAMPAU MEMBODEK NI ADA DAPAT DEDAK KE??????

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA