Khamis, 20 Julai 2017

Ini masa Najib tunjuk berani, kalau tak sanggup lebih baik diam, tempelak Kamarudin



Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Kamarudin Md Nor menempelak Datuk Seri Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad, yang menuduh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai boneka kepada Lim Kit Siang adalah karut dan tak masuk akal sama sekali.
Kamarudin berkata, kini perasaan takut sedang dialami oleh Najib berikutan gabungan parti pembangkang kini sudah  bersama dalam Pakatan Harapan.
Kamarudin Md Nor"Saya sedia fahami perasaan takut yang amat sangat yang sedang dialami oleh boss Tengku Sarifuddin dan beliau sendiri apabila gabungan parti-parti pembangkang sebagai Pakatan Harapan kini menjadi realiti dan mendapat dokongan seperti sokongan rakyat terbanyak.
"Saya ingin mengingatkan Tengku Sarifuddin bahawa sayap pemuda PPBM, ARMADA telah mengundang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke forum bertajuk 'Nothing To Hide' untuk menjadi peserta forum tersebut bersama-sama Tun Dr. Mahathir pada 13hb Ogos ini.
"Inilah peluang terbaik untuk boss Tengku Sarifuddin untuk menunjukkan bahawa beliau seorang yangg berani seperti mana nenek moyang beliau orang Bugis adalah suku bangsa yang berani.
"Kalau beliau tidak sanggup berdepan dengan Tun Dr. Mahathir dalam forum tersebut maka lebih baik diam sajalah." ujarnya yang merujuk kepada Najib selaku Presiden Umno itu dalam kenyataannya hari ini.
Kamarudin yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi itu  mengulas kenyataan Setiausaha Akbar perdana menteri itu semalam dilaporkan  menepis dakwaan Dr Mahathir  adalah pemimpin tertinggi dalam Pakatan Harapan kerana  ujar  Tengku Syarifuddin ketua sebenar gabungan itu adalah Penasihat DAP Lim Kit Siang manakala Dr Mahathi hanya sebagai boneka.
Tengku Sariffudin berkata Bersatu yang diasaskan Dr Mahathir hanya ada sebuah kerusi parlimen berbanding DAP memiliki 37 kersui Psrlimen pada PRU ke-13 lalu. Sebelum itu Tengku Syarifuddin turut membayangkan bahawa Najib tidak akan hadir dalam program Nothing to Hide 2.0 yang akan diadakan pada 13 Ogos depan.

" Tun Dr. Mahathir sudah diketahui umum bukan sahaja di Malaysia bahkan seantero dunia sebagai seorang yang kuat peribadinya, berani dan berpendirian tegas, tidak mungkin diperalatkan oleh sesiapa, jauh lagi dari menjadi boneka Lim Kit Siang.
"Tun Dr Mahathir sudah berkecimpung dalam politik lebih 70 tahun dan mentadbir negara lebih 22 tahun sebagai Perdana Menteri.
"Tidak ada seorang pun di negara ini baik yang masih hidup mahupun yang sudah mati boleh menandingi rekod beliau. Dalam tempoh itu, antara musuh politik beliau yangg utama ialah Lim Kit Siang.
"Tetapi kini beliau dan Lim Kit Siang telah sepakat untuk bergabung kekuatan masing-masing untuk menumbangkan Umno-BN dalam PRU 14 akan datang," ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA