Isnin, 31 Julai 2017

IKRAR ZAHID SOKONG NAJIB TIDAK JAMIN DIA KEKAL JADI TPM?


Apa sudah tertekan sangatkah Zahid Hamidi sampai melafazkan ikrar taat setia kepada Najib Razak di hadapan para ulama termasuk ulama dari luar negara. Apakah Zahid mengira pelafazan ikrar itu di hadapan ulama menunjukkan dia mengambil saksi manusia yang berdarjat tinggi dalam agama?
Hishamuddin dan Zahid sedang berebut uri dalam Umno.
Mungkin itu yang sedang dirasakan oleh Zahid, dia tertekan dan mindanya berbalam-balam memikirkan nasib dan masa depan politiknya sekarang.
Beliau sedang dikejar bayangan ketakutan kepada apa-apa tindakan lanjut Najib yang sukar diramalkan. Zahid jadi hilang kompas keyakinan kepada Najib apabila perdana menteri itu melantik Hishamuddin Hussein sebagai menteri dengan tugas-tugas khas yang dilihat sebagai persediaan Najib kepada Hishmuddin untuk menjadi penggantinya.

Pelantikan Hishamuddin yang juga sepupu Naib itu menjadikan Zahid keresahan dan tidak berapa jenak (lena) tidur. Betapa tidak, setelah Hishamuddin ditambahkan tugas itu disamping kekal dengan portfolio pertahanan saham Hishmuddin naik mencanak. Ketua-ketua Umno bahagian sudah mula mengubah tempat duduk dengan memerhati kepada Hishamuddin berbanding Zahid.
Dengan membaca Najib tidak berbuat sesuatu kepada Hishamuddin tanpa sesuatu menyebabkan, ketua-ketua bahagian telah membaiki kiblat sokongannya. Ramai ketua bahagian yang menjadi kuasa penentukan terhadap hierarki Umno beralih angin kepada Hishamuddin dari Zahid. Berbagai alasan digunakan untuk menghalalkan tindakan mereka termasuk kononnya Hishamuddin lebih layak kerana dia anak bangsawan.
Seorang ketua bahagian dari Kelantan menyebut kepada saya, dia lebih yakin kepada anak bangsawan menjadi perdana menteri daripada anak “bangsat wang”. Anak bangsat wang maksudnya anak marhaein. Aduh…sedih dan sendu saya mendengarnya, begitu rapuh penilaian politiknya.
Secara diam-diam juga para pemuka Umno sedang menilai penampilan kedua mereka, Zahid dan Hishamuddin. Persepsi menjelma dalam kepala orang Umno di semua peringkat apabila Najib memberi kuasa lebih banyak kepada Hishmuddin daripada Zahid ia suatu isyarat jelas. Dan cadangan Zahid agar Majlis Tertinggi Umno endorsekan kedudukkan sebagai pemangkau timbalan presiden agar dikanunkan tetapi tidak dihiraukan Najib memberi gambaran Najib menolak cadangan Zahid.

Situasi itu semualah menjadikan Zahid “histeria” bersendirian takut akan menjadi mangsa kepada perdana menteri seperti mana pernah diterima oleh bekas timbalan-timbalan perdana menteri sebelum ini.Kerana mempercayai jawatan itu penuh “phobia” juga katanya Zahid tidak menjadikan Seri Kasteria kediaman TPM di Putrajaya sebagai kediamannya. Zahid sampai sekarang tinggal di rumahnya di Country Home.
Kalau Zahid kini kegelisahan wajar kerana para pelobi dan kumpulan Hishamuddin kini sedang bergerak menyusun strategi bagi menjamin Hishamuddin menjadi timbalan presiden Umno. Mereka sudah mengatur timbalan presiden akan membawa Hishamuddin ke jawatan timbalan perdana menteri. Ada yang jemput Hishamuddin ke majlis hari raya dan juga merasmi mesyuarat bahagian.
Penyokong dan pelobi “ketiak hangit” Hishamuddin termasuk yang bermesyuarat di bawah pokok ketapang di Chow Kit, tidak mengambil berat soal pilihan raya ke-14 yang ditakuti oleh Najib. Sebaliknya mereka sedang kemabukan untuk memastikan anak Hussein Onn itu menang jawatan timbalan presiden. Bagi mereka jawatan dalam Umno lebih penting dan gah dari pilihan raya. Atau mereka tidak mengambil berat soal pilihan raya kerana mengira Piraum nanti dengan senang dikuasai Najib?
Bagi para pelambung dan perancang politik Hishamuddin mengambil peluang sebaik mungkin dengan pelantikan menteri pertahanan sebagai menteri dengan tugas-tugas khas itu. Mereka menjual malam dan siang tindakan Najib itu sebagai isyarat yang jelas yang dia mahukan sepupunya itu menjadi Perdana Menteri.
Zahid membuat ikrar menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Najib itu secara spontan di suatu majlis dihadiri para ulama. Ia berlaku apabila seorang peserta mengucapkan terima kasih kepadanya dengan merujuk dia sebagai perdana menteri apabila mendermakan RM1 juta untuk Pusat Sufi Sedunia yang akan dibina di Kuala Lumpur. Ulama selalu mendapat derma beras dan padi, terkaget besar apabila mendapat derma sebanyak itu.
Derma itulah menyebabkan ulama berkenaan beranggapan Zahid sudah jadi PM. Mungkin dalam kepala ulama hanya perdana menteri yang boleh bagi derma sebanyak RM1 juta.
Membalas terima kasih ulama itulah Zahid menzahirkan ikrar dan janjinya, dia akan setia kepada Najib selama-lamanya, Isnya-Allah, ujarnya.
Bolehkah ikrar Zahid itu diterima dan dipercayai oleh Najib? Najib tentu tersenyum dengan ikrar bersahaja itu. Sesiapa mengenali Zahid tentu meragui akan ikrar berkenaan. Najib sendiri yang sangat mengenali Zahid juga dapat merasai sedalam dan setohor mana ikrar berkenaan. Ikrar itu adalah ikrar politik.
Kenangan saya dengan Zahid
Di sini saya ada sedikit kenangan dengan Zahid dan boleh dikongsikan mengenai keperibadian timbalan perdana menteri itu. Di era Reformasi yang dicetuskan Anwar Ibrahim dahulu, Zahid telah melafazkan ikrar lebih berat daripada itu untuk tenggelam timbul bersama Anwar. Telinga saya mendengar sendiri apa dilafazkan.Tidak elok kalau saya perturunkan di sini, cukup kalau saya mengatakan Zahid telah rosak akidah dengan ikrar itu.
Tetapi apa jadi kemudian. Ikrar Zahid itu menjadi angin dan debu sahaja. Apa yang tersediq di hati lerai terburai apabila beliau ditangkap polis di Sabah dan dibalun. Beliau bepaling tadah menjilat semual air ludah.
Mungkin Najib juga mengetahui peristiwa ini menyebabkan dia mungkin tersenyum lebar mendengar ikrar Zahid itu. Telinganya dengar tetapi hati menolak dan was-was.
Bagi saya ikrar Zahid itu tidak akan ke mana-mana pun, tidak menjamin kedudukannya sebagai TPM selamat dan harapan untuk dipilih menjadi timbalan presiden juga lepas. Dia tetap akan berlawan dengan Hishamuddin untuk jawatan timbalan presiden yang kemudian menentukan jawatan timbalan perdana menteri sekiranya hayat UBN sebagai pemerintah masih ada.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum wr wb.

    Salam ukhuwah islamiah buat semua saudaraku baik yang menjadi TKI/ TKW maupun yang ada di dalam negri.
    BISMILLAHIRROHMANIRRAHIM
    Mohon maaf jika kehadiran saya di blog ini
    mengganggu kenyamanan pengguna blog,,
    Kehadiran saya di sini hanya ingin menyampaikan kepada saudara teman" yang sedang dalam kesulitan atau
    Terlilit hutang
    ekonomi menurun -atau asmara - membutuhkan bantuan dana besar,
    Jangan sungkan menghubungi MBAH KASSENG CALL/SMS : 0853-4288-2547
    Anda Akan Berhasil Sukses Jika Anda Mau Mengambil Keputusan Untuk Mengikuti Ritual Gaib MBAH KASSENG ...
    **** BELIAU MELAYANI SEPERTI: ***
    1.NOMOR TOGEL
    2.PESUGIHAN
    3.UANG GAIB

    …=>MBAH KASSENG<=…
    CALL/SMS : +62853-4288-2547

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA