Jumaat, 7 Julai 2017

Hishammuddin perlu berhenti elak persoalan RM7 juta dari Najib..!!

LIM Kit Siang hari ini mempersoalkan mengapa Menteri Pertahanan Hishamuddin Hussein tidak menjawab sama ada “ya” atau “tidak” dakwaan ketua pengarah bahagian perisikan pertahanan menerima RM7 juta daripada Perdana Menteri Najib Razak sebelum pilihan raya pada 2013.
Ketua parlimen DAP itu berkata, menteri itu cuba “mengelak” isu dengan mengatakan “beliau tiada apa-apa untuk disembunyikan”.
“Tidak salah untuk beliau menjawab pertanyaan sama ada ketua pengarah bahagian risikan kementerian pertahanan menerima wang dari Najib sebulan sebelum pilihan raya umum lalu,” kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.
“Isunya bukan dia tiada apa yang nak disembunyikan, tetapi kenapa sebagai menteri pertahanan beliau tidak mampu menjawab persoalan sama ada wang itu dibayar dan mengapa bayaran luar biasa itu dibuat.”
Pihak pemberi maklumat, Sarawak Report baru-baru ini melaporkan pegawai tertinggi dari Bahagian Perisikan Pertahanan menerima RM7 juta daripada Najib pada April 2013.
Lim yang juga ahli Parlimen Gelang Patah persoalkan sama ada Hishammuddin “berani untuk tidak mahu tahu dan bertanya sama ada laporan Sarawak Report itu benar.
“Ia berkata, angka dari transaksi itu datang daripada pasukan petugas yang menyiasat 1MDB dari Mac 2015 hingga ia dibubarkan lima bulan kemudian.
"Adakah ini benar atau Hishammuddin sebagai Menteri Pertahanan tidak mahu tahu dan berani tidak mahu tahu?"
Semalam, Hishammuddin memberitahu media beliau belum dapat mengesahkan sama ada wang itu dibayar dan apa pun jawapan beliau isu lain akan dibangkitkan kerana jawatannya sebagai menteri pertahanan.
Katanya, pihak tentera tiada apa untuk disembunyikan dan menambah terserah kepada agensi berkenaan untuk menjalankan siasatan kerana mereka tidak mahu terbabit “memutarbelitkdan isu dan menimbulkan spekulasi”.
Lim berkata, Hishammuddin sepatutnya boleh menjawab “ya” atau “tidak” berhubung isu itu.
Katanya, sekiranya Sarawak Report “menipu” sebagaimana yang didakwa oleh pemimpin kerajaan, dakwaan terbaharu ini adalah “peluang yang baik dan sukar dicari” untuk membuktikan portal itu menyiarkan berita palsu dan maklumat salah.

 “Mengapa pentadbiran Najib terlalu baik hati dengan Sarawak Report, melainkan pendedahan terbaharu ini benar dan tiada cara untuk Najib menafikannya – sebagaimana identiti “MO1” dan “isteri kepada MO1”? Soalnya merujuk kepada Malaysian Official 1, disebut dalam saman sivil Jabatan Keadilan Amerika Syarikat untuk mendapatkan kembali aset menggunakan wang yang didakwa dicuri daripada 1MDB.
MO1 merujuk kepada Najib, ia disahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Abdul Rahman Dahlan dan sumber daripada DoJ.
Semalam, bekas mejar tentera udara Zaidi Ahmad membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung tuduhan itu dan menggesa ia disiasat.
Dia turut menggesa Najib mengambil tindakan saman terhadap Sarawak Report dan pihak yang dituduh untuk membuat laporan polis sekiranya dakwaan itu tidak benar.

1 ulasan:

  1. SR telah banyak kali mengeluarkan berita² yang memalukan pemimpin negara dan kerajaan. Saya harap kerajaan dapat menyaman SR dengan segera.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA