Khamis, 27 Julai 2017

‘HARAPAN perlu tsunami wanita untuk tumbangkan BN’

Pakatan Harapan memerlukan "tsunami wanita" sekiranya mahu memenangi pilihan raya umum ke-14, kata penganalisis politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik.
Beliau berkata semasa pilihan raya umum lalu, 52 peratus yang layak adalah wanita, dan 70 peratus daripada mereka mengundi BN.
"Pada 2008, 2013... walaupun kita katakan berlakunya tsunami bandar, tsunami Cina dan sebagainya, tetapi 52 peratus yang mengundi adalah wanita.
"Jadi kalau Pakatan Harapan hendak lakukan adalah tsunami wanita sebenarnya," katanya ketika Wacana Sinar Harian bertajuk ‘Pakatan Harapan vs Barisan Nasional, Mari Kita Nilai’ di Shah Alam, petang tadi.
Menurut beliau, wanita sering kali menjaga urusan rumah tangga, dan oleh itu mereka adalah kumpulan yang paling sensitif terhadap kenaikan harga barangan, petrol dan barangan keperluan lain.
"Kalau mereka hendak mainkan isu, adalah isu yang berkaitan wanita mereka kerana mereka yang masak dan mereka lebih terkesan tentang harga-harga barang dan sebagainya," katanya.
Walau bagaimanapun, Maszlee berkata HARAPAN tidak cukup menarik bagi pengundi wanita.
Sebagai contoh, beliau berkata hanya 30 peratus anggota BERSATU adalah wanita, dan kebanyakan mereka berada bersama sayap Puteri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA