Ahad, 23 Julai 2017

HARAPAN ditubuh sebab kuasa sembang KJ......BN ditubuh untuk apa....???

Gabungan pakatan pembangkang, Pakatan Harapan, ditubuh bukan untuk kebenaran, sebaliknya hanya mempunyai satu matlamat iaitu demi kuasa, kata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata demi kuasa, kedua-dua pemimpin tertinggi pakatan harapan iaitu pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga bekas anggota Umno, sanggup mengkhianati parti yang pernah dianggotai mereka sebelum ini.
“Prinsip pakatan harapan bukan demi masa depan negara tetapi bekerja demi kuasa masing-masing. Mahathir dan Anwar Ibrahim adalah bekas pemimpin Umno dan kini mereka dalam usaha memecahkan Umno dan orang Melayu.
"Kita tidak boleh ada kerajaan yang ditubuhkan atas asas dan prinsip nak kuasa, sebab itu bukan asas kepada mana-mana parti yang menubuhkan kerajaan," katanya berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Kepala Batas hari ini.
Baru-baru ini, Pakatan Harapan melancarkan logo baru dan mengumumkan barisan Majlis Presiden mereka yang dipengerusikan Dr Mahathir, Anwar sebagai Ketua Umum, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden dan tiga timbalan presiden iaitu Lim Guan Eng, Mohamad Sabu dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Khairy berkata segala kemajuan, keharmonian dan kebaikan yang dibina kerajaan BN sejak 60 tahun memerintah negara akan musnah jika negara diperintah oleh parti atau gabungan parti yang berasaskan inginkan kuasa.
Sambil menyifatkan pilihan raya umum akan datang sebagai ‘bapa’ kepada segala pilihan raya, beliau menggesa orang Melayu supaya bersatu dan berganding bahu untuk menyokong calon-calon BN bagi memastikan kesinambungan kemajuan yang dinikmati selama ini.

Demi masa depan negara dan bangsa, rakyat khususnya orang Melayu harus bertindak bijak untuk mengundi pada pilihan raya umum nanti dan bukan memberi sokongan kepada pemimpin-pemimpin yang dikitar semula, katanya.
“Orang Melayu kini telah berpecah dan mereka kini mempunyai lima pilihan parti yang perlu dibuat dalam PRU nanti iaitu Umno, PAS, PKR, AMANAH dan BERSATU.
"Saya harap semua anggota Umno harus menggunakan masa ini untuk bekerja keras meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat supaya dapat dilihat oleh orang luar nanti. Kalau boleh melakukannya, sokongan orang Melayu akan kembali dan mereka akan hanya satu pilihan pada PRU nanti, iaitu Umno," katanya.

2 ulasan:

  1. BN TUMBUH UNTUK PEMIMPIN AMBIL SEGALA KESEMPATAN MENJADI KAYA RAYA, BN TUMBANG PEMIMPIN MENGELETAR HENDAK MENYELAMATKAN DIRI, TOLONG BAGI TAHU, SIAPA DIA PEMIMPIN PEMIMPIN BN UMUMNYA DAN UMNO KHASNYA YANG KAYA RAYA HANYA DARI ELAUN DAN GAJI BULANAN SEJAK MENJADI PEMIMPIN?????

    BalasPadam
  2. WAHAI ANGGOTA UMNO AKAR UMBI, ANDA BEKERJA KERAS SIANG MALAM SAMPAI KURUS KERING, YANG KAYA SENANG LENANG SIAPA???? PEMIMPIN PEMIMPIN UMNO, GEDONG BESAR, RUMAH BESAR, KERETA BESAR, PERUT BESAU, BINI???? ANDA ANGGOTA AKAR UMBI BAGAI MANA???? ANDA SEMUA TERPAKSA MENANGGONG KOS SARA HIDUP YANG TINGGI, KENAIKAN HARGA BARANG KEPERLUAN YANG MENINGKAT SABAN HARI,ADAKAH PENDAPATAN ANDA YANG TAK SEBERAPA MENCUKUPI MENAMPONG KOS SARA HIDUP SETIAP HARI??? APA PEMIMPIN PEMIMPIN YANG DIANGKAT, YANG DISOKONG BUAT?? ADKAH MEREKA BERUSAHA MENGHAPUSKAN CUKAI CUKAI YANG MEMBEBANKAN RAKYAT?? ADAKAH MEREKA BERUSAHA UNTUK MENURUNKAN HARGA BARANG KEPERLUAN HARIAN??? ADAKAH MEREKA AMBIL TAHU MASALAH YANG DIHADAPI RAKYAT AMNYA DAN ANGGOTA AKAR UMBI UMNO KHASNYA??? ATAU MEREKA ASYIK MEMIKIRKAN BAGAIMANA UNTUK TERUS BERKUASA SUPAYA TETAP SENANG LENANG??? FIKIRLAH....MEREKA BUKAN BENAR BENAR MAHU MEMBELA KITA SEMUA... KITA HARUS MENYEDARKAN MEREKA.... JANGAN SOKONG LAGI ....BAGI PELUANG ORANG LAIN MEMIMPIN KITA ... JIKA SATU PENGGAL TIDAK ADA PERUBAHAN KITA AJAR PULA MEREKA...KALAU KITA TAK BERUBAH SIAPA NAK MERUBAH NASIB KITA??? JANGAN MENYERAH PADA TAKDIR TANPA BERUSAHA, YA ALLAH YA TUHAN KU YANG MAHA BERKUASA JIKA PEMIMPIN PEMIMPIN SEKARANG INI JUJUR, AMANAH, BERTANGGUNG JAWAB MEMBELA RAKYAT, KEKALKANLAH MEREKA SEMASA PRU14 NANTI, JIKA SEBALIKNYA GANTIKANLAH DENGAN PEMIMPIN PEMIMPIN LAIN YANG LEBIH BAIK DAN YANG KAU REDOI, BUKAKANLAH HATI PENGUNDI PENGUNDI UNTUK MEMILIH PEMIMPIN PEMIMPIN YANG AKAN BERUSAHA UNTUK MENYELAMATKAN MALAYSIA, AMIN AMIN AMIN YA RAB BAL ALAMIN, MAKBULKANLAH YA ALLAH.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA