Ahad, 23 Julai 2017

Hak Melayu hilang jika Umno tiada, sembang menteri


UMNO perlu mengekalkan kuasanya kerana ia satu-satunya parti yang boleh menjadi tempat orang Melayu bergantung untuk mempertahankan dan memperjuangkan hak mereka, kata Bendahari Umno Salleh Said Keruak hari ini.
Bercakap di depan perwakilan Umno Bahagian Bukit Mertajam pagi ini, Salleh berkata jika Umno hancur, tidak mustahil yang hak orang Melayu akan turut terjejas.
“Umno ada ideologi dan selama ini menjadi parti yang ada matlamat dan ia jelas iaitu untuk mempertahankan hak kita,” katanya.
Beliau berkata ketuanan Melayu akan hilang jika Umno hilang kuasanya, merujuk kepada lirik lagu Warisan, lagu yang sering dimainkan untuk membangkitkan semangat Melayu.
“Itulah dia. Apa tujuan kita? Untuk mempertahankan kuasa,” katanya.
Salleh berkata ada lima hak dalam Perlembagaan Persekutuan yang empat daripadanya milik orang Melayu.
“Monarki berperlembagaan, Islam sebagai agama persekutuan, bahasa Melayu, hak Melayu miliki kita. Hanya hak kewarganegaraan kita kongsi dengan yang lain. Ini asas perjuangan Umno,” katanya.
Katanya, Umno perlu dipertahankan kerana ia parti yang mampu menyelamatkan hak orang Melayu.
“Jadi mereka yang terhutang budi pada Umno perlu menyokongnya. Perjuangan perlu diteruskan. Jika Umno hilang dari dunia ini, tidak mustahil hak Melayu pun begitu juga,” katanya.
Beliau turut memberitahu perwakilan jangan mendengar khabar angin dan selalu mempercayai pemimpin mereka.
Salleh merujuk kepada sumber berita siasatan online Sarawak Report.
“Siapa dalangnya? Mereka orang asing. Kenapa perlu kita percaya mereka? Mereka tidak mengundi pun di sini. Tetapi sedihnya mereka bekerja dengan rakyat Malaysia yang menjual negara ini untuk kepentingan peribadi.

“Jika hendak berlawan, jadi lelaki dan lawan dalam pilihan raya umum dan biarkan rakyat menentukan,” katanya.
Beliau berkata Umno dan Barisan Nasional tidak pernah mendiskriminasikan bangsa lain dalam pentadbirannya.
“Kita beri pada semua. Lihat BR1M. Siapa yang layak akan dapat tidak kira parti mana mereka sokong. Sama seperti MRT, kereta api merentasi Selangor, negeri ditadbir pembangkang. Kami tak peduli. Kami berkhidmat untuk rakyat. Ini dasar kerajaan. Dasar (perdana menteri) Najib,” katanya.
Beliau berkata ramalan positif diterima terhadap penerimaan orang Melayu dan bukan Melayu terhadap BN dan Umno.
“Mereka mahukan stabiliti dan kerajaan yang boleh berkhidmat pada rakyat,” katanya.

2 ulasan:

  1. KALAU UMNO LINGKUP , YANG SUSAH PEMIMPIN PEMIMPIN MELAYU UMNO, KONTRAKTOR KONTRAKTOR MELAYU UMNO, BISNESMEN MELAYU UMNO, YANG BETUL BETUL MEMPERGUNAKAN NAMA MELAYU UNTUK MENGAUT KEKAYAAN, RAKYAT BIASA NI UMNO ADA KE TAK ADA KE SERUPA JUGA, ORANG MELAYU YANG KUTIP BARANG BARANG TERBUANG DITEMPAT PEMBUANGAN SAMPAH MACAM TU JUGA DEMI UNTUK MENCARI REZEKI, YANG BEKERJA KILANG DENGAN GAJI MINIMUM RM1000.00 MACAM TU JUGA, TAK ADA PUN UMNO MEMBELA MEREKA, DEKAT NAK PILIHAN RAYA MULA NAK TUNJUK MUKA, ADA MATA BUKA DAN LIHAT , ADA OTAK DAN AKAL,FIKIR JANGAN ASYIK DIPERBODOKAN SAJA

    BalasPadam
  2. Dekoder dekoder dekoder..

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA