Rabu, 26 Julai 2017

Hadi tidak hadir parlimen, perlu rehat dua bulan lagi


Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak hadir ke parlimen kerana dinasihatkan oleh doktor supaya berehat selama dua bulan.
Abdul Hadi Awang 1Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Hadi ketika ini sedang bercuti dan hanya akan ke perlimen jika tahap kesihatannya bertambah baik.
"Keadaan kesihatan beliau (Abdul Hadi) sudah baik. Tetapi beliau dinasihatkan oleh doktor supaya mengambil cuti panjang kira-kira dua bulan," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.
Abdul Hadi selamat menjalani pembedahan mengganti injap jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada 16 Mei lalu.
Bagaimanapun, Abdul Hadi hadir dan berucap di Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah (Rantau Asia) di Kelantan, minggu lalu.
"Presiden perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dari semasa ke semasa, selain memerlukan rehat yang secukupnya.
"Sebaik sahaja kesihatannya bertambah baik, beliau boleh menyambung tugas yang ditinggalkan," kata Takiyuddin.

2 ulasan:

  1. Bersara ajer ler tuan guru. Nak kejar apa lagi dunia ni? Serahkan pas kpd tuan ibrahim.

    BalasPadam
  2. Kalu sihat pung...ado dio datang ko.....tuang presideng kaki tuang...nok wat guano....

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA