Isnin, 31 Julai 2017

Gula-gula pilihanraya: Selepas peneroka Felda, pesara tentera pula dapat ‘hadiah’

Najib mengumumkan 5 insentif dengan memfokuskan kepada pesara tentera tidak berpencen dan kategori B40.
insentif-kepada-tenteraSERI KEMBANGAN: Selepas perdana menteri mengumumkan 6 insentif untuk peneroka dan warga Felda, hari ini giliran tentera pula menerima “hadiah” daripada kerajaan.
Datuk Seri Najib Razak mengumumkan insentif kepada tentera, terutama kepada tak berpencen dan yang tergolong dalam kumpulan B40.
“…Hari ini saya datang bukan sebarang datang (tetapi) untuk menunjukkan kerajaan hari ini bukan setakat manis di bibir.
“Kita akan mengumumkan beberapa pakej tertentu khusus untuk para veteran,” katanya disambut tepukan hadirin ketika merasmikan Perhimpunan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2017 yang dihadiri kira-kira 15,000 pesara sempena Hari Pahlawan hari ini.
Berikut adalah 5 pengumuman yang dibuat Najib:
1. Bantuan Bakti Negara (BBN) iaitu bantuan tahunan berjumlah RM1,200 kepada pesara tidak berpencen.
Sehingga Mei 2017, sejumlah 288,952 pesara tentera dengan 59% (179,581) daripadanya tidak menerima pencen.
Seramai 66,000 orang bakal menerima bantuan ini dengan senarai diambil daripada senarai penerima BR1M. Bantuan BR1M terhadap mereka juga dikekalkan.
Bagi yang tiada dalam senarai pula, mereka akan menerima RM600 setahun dengan syarat berusia 60 tahun ke atas. Seramai 10,959 pesara yang akan mendapat manfaat.
2. Skim Anuiti Veteran (SAVe) bagi tentera yang masih berkhidmat tetapi berhasrat untuk bersara awal.
Mereka yang bakal menjadi pesara tidak berpencen ini akan mendapat pendapatan bulanan seumur hidup dan boleh diserahkan kepada waris yang layak selepas meninggal dunia.
3. Penyelarasan pencen hilang upaya kepada pesara dan bekas askar wataniah yang berkhidmat kurang 10 tahun kerana cedera ketika berkhidmat dan tidak mendapat pencen perkhidmatan.
Pencen hilang upaya yang sebelum ini serendah RM65 sebulan akan dinaikkan daripada 300-800% berdasarkan tahap kecederaan, gaji ketika berkhidmat dan tempoh perkhidmatan.
4. Insentif Veteran Kelainan Upaya Tabung Pahlawan sebanyak RM1,000 setahun kepada pesara yang mengalami kelainan upaya selepas bersara.
RM500 diambil daripada Tabung Pahlawan manakala RM500 lagi menggunakan peruntukan kerajaan.
5. Penambahan kuota jemaah haji khas kepada pesara daripada 100 kepada 400 orang setahun.
Dalam majlis yang sama, Najib turut merasmikan pelancaran Tabung Pahlawan 2017 serta mengumumkan penambahan RM5 juta ke dalam tabung itu daripada peruntukan kerajaan.
“Dengan semangat yang anda perlihatkan hari ini semoga menjadi iktibar kepada generasi muda,” katanya.

Bukan gula-gula pilihanraya
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam sidang media selepas program menegaskan, bantuan yang diumumkan hari ini bukanlah “gula-gula” menjelang pilihan raya.
Beliau berkata bantuan hari ini adalah lanjutan usaha kerajaan membantu pesara tentera selama ini, terutama dalam menghadapi ekonomi tidak menentu dan peningkatan kos sara hidup.
“Tuduhan seumpama itu (gula-gula pilihanraya) bukanlah baru menjelang pilihan raya. Memang mudah untuk menuding jari, tetapi ajukan juga kaedah untuk membantu (golongan itu),” katanya ketika ditanya pemberita.

3 ulasan:

  1. Itu sj kemahiran najib. Beli beli beli. Cash is king. What a pathetic failure

    BalasPadam
  2. Ini bermakna penipuam2 pklihanraya akan juga ditumpu dlm agensi spt felda ...polis...tentera.....juga yg tak mendaftar mengjndi....data2 mereka ini akan dimanipulasi lleh penyamun umno/bn...PH jgn leka....

    BalasPadam
  3. Slm..
    Msh ramai pesara tentera tdk berpencen tdk menerima sebarang insentif.
    Contohnya skim anuiti veteran (save), hanya tertakluk kpd anggota tentera yg sedang berkhidmat dan memilih utk menamatkn prkhdmtn lbh awal.
    Bagamna dgn pesara tidak berpencen yg mgkin dlm lingkungan umur 40 -59 thn..dan tergolong dlm kategori M40..kumpulan ini jg x layak menerima skim Bantuan Bakti Negara..adakah kerana mereka pnya pendapatan yg lebih sedikit shj maka jasa mereka dipinggirkan..mereka jg x mendapat BR1M krn pndptn melebihi 4k sbln..
    Bg pesara tentera x berpencen ttpi telah berkhdmat semula dgn kerajaan (dan memilh pencen) juga langsung x diberi sebarang insentif..
    Bagi pesara yg berpencen jg, msh ada yg terpinggir.
    Maka skim ini x menyeluruh dan perlu bersikap adil..semoga ada penambahbaikkan.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA