Khamis, 27 Julai 2017

Ganti Baihaki dengan Tuan Ibrahim di Kubang Kerian kukuhkan Amanah, kata penganalisis



Ura-ura pihak Pas untuk menyingkirkan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Ahmad Baihaki Atiqullah dan digantikan dengan Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk bertanding pada PRU 14 akan menjadikan Amanah semakin mudah memenangi semua kerusi dalan parlimen itu.
Bekas pegawai penyelidik badan kajian kerajaan negeri, Hishamudin Ghazali menyimpulkan dalam analisa terbarunya yang disebarkan di media sosial hari ini.
Kubang Kerian katanya, adalah kubu kuat Pas, jika Dun dan Parlimen goyah, Dun lain di Kelantan juga tidak selamat.
"Tambahan lagi 13 kerusi Dun milik Pas di Kelantan menang majoriti bawah 1,500 undi sahaja, itu lagi parah," katanya.
Menurutnya, 16,741 undi majoriti diperolehi Baihaki Atiqullah, anak tok guru Pondok Pasir Tumboh pada pilihan raya lalu.
"Sekiranya Pas mengugurkan Ustaz Baihaki, Undi warga Pondok akan beralih kepada Amanah.
"Ini bermakna undi Dun Pasir Tumboh, yang menang majoriti 4,501 undi akan dipengaruhi kelompok Pondok dan celik agama akan beralih arah ke parti Amanah.
"Bermakna undi Dun Pasir Tumboh, yang menang majoriti 4,501 undi akan berpindah tangan," katanya.
Dun Demit menurutnya, pada PRU13 lalu Mumtaz Mat Nawi dari Pas menang majoriti 8,581 undi.
"Sebanyak 51% undi yang memenangkan kerusi Parlimen Kubang Kerian datangnya dari Dun Demit, yang mana di sini landskap sosio ekonomi penduduk utama adalah majoriti kakitangan USM dan HUSM.
"Banyak kedai dan lot perniagaan, penduduk celik maklumat dan kubu kuat Pas dulu.
"Sangat mudah beralih arah, kerana faktor pengundi "celik maklumat," katanya.
Kes projek Lembah Binjai katanya yang membabitkan 494 ekar tanah dengan 5 kampung terlibat, lebih 1,500 orang pemilik tanah, melalui bancian awal lebih 5,000 pengundi yang majoritinya Pas kini goyang dan sedia beralih arah.
"Strategi "pecah kubu" Amanah membela setiap rumah pemilik tanah, tidak mengutamakan atas warna parti hatta dari parti Umno dan Pas, telah berjaya memikat hati pengundi tegar kedua dua parti dan paling menarik pengundi Muda dan Anak Perantau sudah tidak percaya kepada Kerajaan Negeri yang ditadbir Pas.
"Kesan akibat daripada cadangan Kerajaan ingin mengambil tanah penduduk tanpa makluman awal dan perbincangan dengan majoriti penduduk bagi membangunkan Bandar Perlancongan dari Jambatan Binjai hingga ke tepi pagar USM Kubang Kerian.
"Ditambah lagi sikap Kerajaan Kelantan yang membuat sikap keras kepala tidak mahu menarik balik warta Seksyen 8, Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi Kg Chepa, seluas 45 ekar membabitkan lebih 144 lot tanah membuatkan anak beranak dan ahli keluarga penduduk tidak berpuas hati dan akan membuat Undi Protes pada Pas," katanya.
Khabar popular katanya, yang mengatakan Amanah akan meletakkan calon Parlimen atau Dun dari kalangan cerdik pandai dari USM Kubang Kerian, iaitu Prof Datuk DrAbdul Halim Yusof, iaitu naib pengerusi Amanah Kelantan bakal menjadikan angan-angan Tuan Ibrahim atau mana-mana calon Pas akan jadi seperti buih halus di lautan, dimana kakitangan dan campur dengan ahli keluarga USM sahaja sudah melebihi 20,000 orang pengundi," katanya.
Bagi beliau, faktor aura Datuk Husam Musa di Dun Salor, dalam Parlimen Kubang Kerian bukan mudah diketepikan.

"Saya rasa, hal ini kita semua tahu keupayaan beliau, dengan pelbagai isu dibawa dan di perjuangkan, terkini isu "Carbon Credit" yang berjaya membuka mata pengundi kelompok taraf pendidikan sederhana dan ke atas, yang boleh membuat analisis dan pertimbangan wajar bahawa Kerajaan Pas Kelantan sekarang ini jelas tidak pandai mentadbir dan mengurus khazanah negeri.
"Majoriti pada PRU13 lalu sebanyak 3,683 adalah satu kelebihan kepada Amanah, iaitu sudah memilik satu satunya kerusi Dun di Kelantan dan Kubang Kerian.
"Pendapat saya, 4 faktor itu akan menjadikan Amanah dalam kedudukan di depan berbanding Pas di Kubang Kerian dan kelihatan mudah Amanah berjaya ambil alih 4-0 di parlimen ini," katanya.
Tambahan pula menurut Hisham, kenyataan Husam yang menegaskan bahawa Amanah perlu menang 4-0 di Kubang Kerian pada majlis sambutan hari raya Amanah Dun Demit pada 22 Julai lalu, terus menyemarakkan pendokomg Amanah peringkat akar umbi.

1 ulasan:

  1. Rakyat Kelantan mahukan parti islam yang dinamik, move forward, mengutamakan ehwal ekonomi dan kesejahteraan rakyat spt Turkey bkn nya parti yang membawa rakyat undur ke belakang. Sibuk dgn ruu355. Air, sampah,jalan raya sempit, dadah, hal memakmorkan ekonomi patut diutamakan pas.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA