Khamis, 27 Julai 2017

GANDINGAN TUN M, ANWAR BUKAN SANDIWARA


Gandingan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui Pakatan Harapan bukanlah satu sandiwara politik.
Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, sebaliknya gandingan kedua-dua bekas pemimpin negara itu adalah sesuatu yang ‘real’ (benar).
“Gandingan ini real dari segi politiknya kerana digabungkan dalam Pakatan Harapan. Ia juga real dalam kalangan masyarakat kerana sebahagian melihatnya seperti dejavu.
Sebelum ini, Pakatan Harapan mengumumkan struktur kepimpinan baharunya iaitu Anwar sebagai Ketua Umum, manakala Mahathir sebagai Pengerusi.
Sementara itu, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dipilih sebagai Presiden dan timbalannya ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu.
Jawatan Naib Presiden pula dipegang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Chong Chieng Jen dan Salahuddin Ayub.
Dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata, Pakatan Harapan berharap permohonan mendaftarkan gabungan itu akan diluluskan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
“Kami telah hantar permohonan secara dalam talian 24 Julai lalu dan akan hantar secara rasmi dalam masa terdekat,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA