Ahad, 2 Julai 2017

Edra milik China akan disenaraikan di Bursa Malaysia pada November


Edra milik China akan disenaraikan di Bursa Malaysia pada November
Edra akan disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia pada November menurut sumber. Ia adalah IPP kedua terbesar di Malaysia. 
PENGELUAR tenaga milik China, Edra Power Holdings Sdn Bhd (sebelum ini dikenali sebagai Edra Global Energy Bhd), dijangka akan disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia, November nanti, lapor Bernama hari ini.
Memetik sumber industri pasaran kapital, agensi berita negara itu berkata yang IPO dijangka meningkatkan RM5 bilion berbanding harga sewaktu penyenaraian itu.
Edra, sebelum ini dimiliki 1Malaysia Development Bhd (1MDB), ialah IPP kedua terbesar di Malaysia dan merupakan syarikat tenaga nuklear utama dunia.
1MDB menjual Edra kepada China General Nuclear Power Corp (CGN) dengan harga RM9.83 bilion tunai pada November 2016 dalam sebahagian daripada pelan rasionalisasi 1MDB untuk mengurangkan beban hutangnya sebanyak RM42 bilion.
1MDB dikatakan membeli Edra dengan harga RM12 bilion pada 2012.
Bernama memetik penganalisis itu sebagai berkata “Edra akan menjadi perkara penting dalam kisah lantunan ekonomi Malaysia” memandangkan penyenaraian itu dilakukan ketika petunjuk positif ekonomi sedang berlaku termasuklah pertumbuhan dan eksport yang makin kukuh serta nilai ringgit yang semakin kuat.
Paling penting ialah semakan semula pertumbuhan negara pada 2017 yang dilakukan Bank Dunia kepada 4.9% berbanding 4.4% sebelum ini, lebih tinggi berbanding jangkaan kerajaan disebabkan prestasi memberangsangkan suku pertama tahun ini.
Turut menyumbang kepada sentimen positif itu ialah nilai ringgi sebagai matawang utama Asia paling kukuh.

Ini disebabkan aliran masuk dana asing ke dalam pasaran saham, yang mencatatkan peningkatan tertinggi sejak dua tahun, ditutup pada 1,787 mata pada awal Jun selain pendapatan korporat yang positif.
Penganalisis berkata yang CGN yang memiliki sepenuhnya Edra mungkin akan melepaskan antara 35-40% sahamnya dalam pasaran ketika penyenaraian itu.
Projek itu termasuklah projek tenaga angin, solar, hidro, gas, arang batu dan bahan bakar di China, Korea Selatan, Singapura, United Kingdom, Perancis dan Australia.
Selepas CGN mengambil alih Edra tahun lepas, pelan syarikat itu untuk membina tapak pemula photovoltaic solar berskala besar di Kedah menjelang 2018 berjalan lancar, yang akan menjana kapasiti 50 megawat (MW).
Dikenali sebagai Projek Solar Kedah, ia akan mengubah tanah yang dahulunya tanah pertanian di Kuala Ketil kepada tapak industri mengeluarkan tenaga boleh diperbaharui, yang seterusnya akan mencipta kesan positif signifikan kepada pertumbuhan ekonomi negeri.
Ia juga akan membangunkan tapak kuasa gas turbin bersepadu terbesar Malaysia di Alor Gajah dengan keupayaan janaan 2,242 MW.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA