Rabu, 26 Julai 2017

Dun Selangor lulus usul kaji impak 1MDB kepada rakyat

SHAH ALAM, 25 JULAI: Hari kedua persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini menyaksikan usul menggesa Kerajaan Negeri mengkaji impak skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadap kehidupan rakyat Selangor.
Usul dibentangkan Ahli Dewan Negeri Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar itu turut mencadangkan kajian dijalankan dalam aspek kehidupan menyeluruh termasuk percukaian kepada rakyat.

“Menggesa Kerajaan Negeri meneliti kesan terhadap pelaburan, ekonomi, percukaian dan impak kepada rakyat Selangor secara keseluruhan rentetan kes 1MDB seperti difailkan Jabatan Kehakiman Amerika (DOJ) serta amalan kleptokrasi berakar di peringkat Kerajaan Persekutuan,” katanya.
Usul yang menyebabkan anggota pembangkang DNS tidak senang duduk itu dibahaskan ahli dewan lain sebelum diluluskan.
Antara yang mengambil bahagian termasuk ADN Sekinchan, Ng Suee Lim; ADN Sabak, Sallehen Mukhyi dan ADN Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari.
Petang semalam, ketika perbahasan usul sama, DNS gamat seketika apabila berlaku pertikaman lidah antara penyokong kerajaan dan pembangkang apabila ADN pembangkang menggesa perkataan dedak tidak digunakan.
Bagaimanapun, cadangan itu ditolak Speaker, Hannah Yeoh ekoran dedak adalah sejenis makanan haiwan ternakan berkait rapat dengan sektor penternakan di bawah Exco Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA