Khamis, 27 Julai 2017

DOJ dedah MO1 beri surat sokongan ketiga untuk 1MDB

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mahu penjelasan sama ada kerajaan mengeluarkan surat rahsia ketiga sebagai sokongan kepada 1MDB, berdasarkan pendedahan yang dibuat dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat yang terbaru.
Sebelum ini, menteri kewangan pada Mac 2016 berkata, bahawa hanya dua surat sokongan yang dikeluarkan - iaitu untuk terbitan bon 1MDB bernilai AS$3 bilion pada tahun 2013 dan jaminan kepada pinjaman AS$150 juta yang diambil dari Bank Exim pada tahun 2015.
"Bagaimanapun, melalui maklumat pemfailan terbaru DOJ untuk merampas aset yang diperolehi dengan dana yang diselewengkan daripada 1MDB, kami dapati bahawa ada satu lagi 'surat sokongan' rahsia untuk meminjam AS$975 juta dari sebuah konsortium yang diketuai oleh Deutsche Bank pada bulan September 2014 ," kata Pua pada sidang akhbar di Parlimen hari ini.
Saman DOJ, katanya, mendedahkan bahawa 'Malaysian Official 1' (MO1) telah bagi pihak kerajaan Malaysia, memberikan surat sokongan kepada Deutsche Bank berkaitan dengan pinjaman AS$975 juta."

2 ulasan:

  1. Pua, ini betul ke fitnah? Buktikan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. org tu bukan mcm ko.....cakap tanpa bukti......ko nak mampus mendakwa penyamun tanpa bukti.....habis didakwanyer...sedangkan bukti2 yg kukuh pun disalahgunakan kuasa demer utk menidakkan bukti itu....lagi pun penyamun tak akan berani nak mendakwa sbb mereka pun yakin apa yg didakwa oleh pemimpin PH tu adalah betul dan bukan fitnah....mereka takut nak saman sbb bukti2 itu akan menelanjangkan penyelewengan mereka......

      Padam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA