Isnin, 31 Julai 2017

DOJ: AGC belum cadang hantar peguam pemerhati

Jabatan Peguam Negara (AGC) pada masa ini belum bercadang untuk menghantar pasukan peguam ke Amerika Syarikat sebagai pemerhati dalam prosiding yang difailkan Jabatan Keadilan (DOJ) untuk merampas aset yang berkaitan dengan 1MDB.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kerajaan menghormati kedaulatan undang-undang serta kebebasan DOJ untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang yang difikirkan wajar.
"Kerajaan Malaysia juga mengambil maklum bahawa tindakan sivil tersebut kini berada di bidang kuasa mahkamah di Amerika Syarikat dan tiada sebarang pertuduhan jenayah yang telah dikenakan terhadap mana-mana individu, stakat ini untuk kesalahan jenayah, serta tiada sebarang keputusan mahkamah dibuat atas perkara ini," kata Azalina dalam jawapan bertulis parlimen bertarikh 24 Julai.
Beliau menjawab soalan Azman Ismail (PKR-Kuala Kedah) yang meminta perdana menteri menyatakan sama ada Malaysia akan menghantar pasukan peguam ke Amerika Syarikat sebagai pemerhati berkepentingan dalam kes itu.
DOJ sedang berusaha untuk merampas lebih AS$ 1.7 bilion aset yang didakwanya dibeli menggunakan dana yang diselewengkan dari 1MDB.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali bagaimanapun menafikan dakwaan itu, dan berkata, tidak ada bukti bahawa mana-mana dana 1MDB telah diselewengkan.
1MDB juga menafikan dakwaan oleh DOJ itu.

2 ulasan:

  1. Jika tiada mana-mana dana 1MDB telah diselewengkan, kerajaan patut hantar wakil menjelaskan hal sedemikian. Jika tiada kesalahan, kenapa Doj mahu sita itu harta 1mdb. Heran bin ajaib.

    BalasPadam
  2. Jawaban ag macam tak sekolah punya olang. Baghal

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA