Sabtu, 29 Julai 2017

DAP sokong perjuangan Anwar menentang rasuah, calon PM



Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini menyatakan pendiriannya dan DAP untuk menyokong perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim menentang rasuah dan bakal calon perdana menteri.
Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP ketika berucap merasmikan Simposium Pemikiran Anwar Ibrahim yang diadakan di Penang Institut hari ini berkata, perjuangan melawan rasuah merupaka salah satu perjuangan demokrasi.
Beliau turut mengembalikan ingatannya dengan memuji ketegasan Anwar yang sanggup menolak lobi seorang bekas ahli parlimen PKR selepas tahun 2008 untuk mendapatkan kontrak projek daripada kerajaan negeri dengan mengunakan 'syarikat RM2'.
"Salah satu teras perjuangan dalam demokrasi ini adalah melawan rasuah dan saya ingin sebut Datuk Seri Anwar rela menegur rakan-rakannya yang terlibat dalam salah laku rasuah.
"Perjuangan melawan rasuah telah menyatukan parti pembangkang tertentu dalam Pakatan Harapaan dan kita berharap perjuangan melawan rasuah ini akan meyatukan rakyat menentang skandal rasuah 1MDB dan 'MO1'," ujarnya.
Guan Eng turut berkata, DAP menyokong Ketua Umum Pakatan Harapan itu sebagai calon perdana menteri.
"Datuk Seri Anwar sebagai Ketua Umum dalam Pakatan Harapan, kami dalam DAP masih menyokongnya sebagai calon perdana menteri," jelasnya di hadapan lebih kurang 250 hadirin dikalangan perwakilan DAP,PKR Amanah dan Bersatu.
Forum kendalian Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari petang ini menampilkan tiga panelis iaitu Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nuruk Izzah Anwar, Sasterawan Negara Datuk Mohamamad Salleh, Fellow Penang Institut Dr Wong Ching Huan dan Prof Shahruddin Badaruddin dari Institu Darul Ehsan (IDE).
Turut diadakan majlis peluncuran buku berjudul "Anwar Ibrahim Penampilan Demokrasi Muslim' yang turut disaksikan oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA