Sabtu, 22 Julai 2017

DAP adakan pemilihan semula tapi akan saman ROS


Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengumumkan parti itu akan mengadakan pemilihan semula untuk jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) bagi mengelak parti itu digantung.
Ini ekoran kenyataan setiausaha penganjur kebangsaannya, Anthony Loke semalam yang berkata DAP bersedia mematuhi permintaan Pendaftar Pertubuhan (ROS) itu, "di bawah protes".
"BN menyerang kita dengan berkata bahawa kami takut adakan pemilihan semula.
"Tetapi kami akan adakan pemilihan semula. Kita yakin walaupun dengan senarai perwakilan 2012," kata Guan Eng di majlis makan malam pengumpulan dana malam tadi, seperti dipetik China Press.
Menurut laporan itu, beliau berkata bahawa parti itu akan menyaman ROS berhubung tindakannya itu.
Ketika dihubungi Malaysiakini kemudiannya, Loke mengulangi bahawa ROS mesti terlebih dahulu memutuskan butirannya sebelum parti itu mengadakan pemilihan semula.
"Kita perlu mendapatkan jawapan mereka. Mereka mesti meluluskan senarai nama perwakilan.
"Kami tidak boleh mengumumkan (tarikh) pemilihan semula kerana mereka telah menetapkan prasyarat mengenai pengesahan senarai tersebut.
"Sekarang bola di gelanggang ROS. Itulah sebabnya kita mahu mengadakan pertemuan dengan ROS untuk menjelaskan butiran tersebut," katanya kepada Malaysiakini.

2 ulasan:

  1. Sebagai parti pemerintah, perlu gentleman. Jgn guna isu mcm ni. Bertanding face to face, 1 lwn 1. Bg Dap laluan bertanding scara demokrasi.
    Kami sokong PH Bersatu

    BalasPadam
  2. Nak buat mcm mana. ROS dah bekerja utk ROSmah!

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA