Jumaat, 28 Julai 2017

Chandra, Azmi Sharom bidas kerajaan haramkan buku G25

Pensyarah undang-undang Azmi Sharom berkata pengharamkan itu contoh kerajaan menekan kebebasan bersuara.
breaking-the-silence2PETALING JAYA: Mengharamkan buku yang bertujuan untuk melawan pandangan agama yang melampau dan sempit bukti kerajaan khuatir akan tafsiran agama yang berbeza dan sederhana.
Begitu pandangan Chandra Muzaffar, salah seorang penyumbang kepada buku bertajuk “Memecah Kesunyian: Suara Kesederhanaan – Islam dalam Demokrasi Perlembagaan”.
Buku dikarang G25, sebuah kumpulan 25 tokoh Melayu. Menurut kerajaan, ia diharamkan kerana dianggap memudaratkan ketenteraman awam.
Chandra, yang juga pengarah Pergerakan Antarabangsa bagi Dunia Adil, menyifatkan langkah pengharaman buku itu sebagai “tidak munasabah”.
Chandra-Muzaffar
Chandra Muzaffar.
“Ia himpunan esei yang bertujuan untuk menunjukkan pemikiran pelampau dan sempit dalam hal berkaitan amalan Islam di negara ini perlu dibanteras secara intelektual.
“Itu tujuan buku itu, dan untuk menunjukkan usaha pelampau mentafsirkan Islam dengan cara yang sesuai dengan kepentingan kumpulan tertentu,” katanya kepada FMT.
Chandra, yang juga pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, berkata buku itu sebenarnya mendukung prinsip asas Perlembagaan Persekutuan.
“Tidak munasabah mengharamkan buku seperti ini. Pengharamkan ini cubaan untuk mengekang pemikiran seimbang, rasional dal terbuka dalam perkara berkaitan dengan amalan Islam di Malaysia.”
Beliau menambah buku itu bukan sahaja mengenai amalan Islam, tetapi mengenai hidup mengikut prinsip perlembagaan, yang pasti akan disedari kerajaan “jika mereka baca buku itu”.
Chandra menyumbangkan esei bertajuk “Keadilan dan Kesamaan dalam Islam”.
“Ia berdasarkan konsep keadilan dan kesamaan dalam istilah sejagat. Ia tidak berkaitan dengan Malaysia,” katanya.
Pensyarah undang-undang di Universiti Malaya Azmi Sharom menyatakan pandangan yang sama, memberitahu FMT buku itu tidak bertujuan untuk mencetuskan masalah.

Azmi-Sharom
Azmi Sharom.
Beliau berkata buku itu “penulisan yang berhati-hati” dan menawarkan pandangan berbeza terhadap naratif semasa mengenai agama, terutamanya Islam, di Malaysia.
“Kami cuma mempersoalkan keadaan semasa negara secara kritis. Bagaimana ia menjejaskan keselamatan awam? Tidak masuk akal, tetapi tidak menghairankan, memandangkan kerajaan sekarang ini.”
Pengharaman buku itu mengikut Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawasan Hasil Penerbitan Tidak Diingini), dan ditandatangani Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi pada 14 Jun.
Bagaimanapun, Azmi berkata pihak berkuasa tidak menjelaskan bagaimana buku itu boleh menjejaskan ketenteraman awam.
“Ini 1 lagi contoh kerajaan menekan kebebasan bersuara,” katanya, dan menambah syarikat penerbit, Marshall Cavendish International (Asia) Pte Ltd, sebuah syarikat yang tumpu kepada penulisan akademik.
Pengharaman itu diwartakan sebagai undang-undang semalam dan boleh dilihat di e-Warta Persekutuan Jabatan Peguam Negara.
Menurut theSun, buku itu pertama kali diterbitkan Marshall Cavendish pada Disember 2015, membincangkan impak birokrasi Islam di Malaysia dan ketekalannya dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Ia juga menyentuh dimensi sosio-politik dan implikasi budaya-ekonomi ke atas masyarakat Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA