Rabu, 19 Julai 2017

Cenderahati Dan Sakit Hati

Oleh Zaharin Mohd Yasin
Cenderahati itu untuk orang 'Lembah Klang'. Kawasan orang lain khas diluar bandar di beri sakit hati, Jalan Persekutuan dan Negeri berlubang sana dan sini. Sekolah banyak yang rosak tak boleh dibaik pulih. Elaun guru pelatih di potong, tuntutan perbatuan dan lojing penjawat awam entah bila boleh di bayar. Belum lagi soal kontrektor masih tidak berbayar.. Alasan tidak ada duit.
RM50Billion dibuat dalan masa ekonomi Malaysia tengah sakit, Indonesia juga ada perancangan buat MRT.. Masa ekonomi sakit.. didahulukan rawatan Ekonomi.
Hampir 20 tahun orang Jakarta melihat tiang MRT. Ekonomi dah sihat. MRT dan pembesaran Jalan di Jakarta di teruskan.
Di Malaysia, masa ekonomi dalam keadaan demam panas.. Masa itulah buat berbiliion RM projek Mega. Taburan wang itu tidak tersibar kepada rakyat.
Entahlah.. masa aku banyak memikirkan bagaimana Parti aku hendak menang dalan pilihanraya nanti.
Dulu, nak jual Parti sangat senang. Sekarang orang kaitkan dengan orang dalam Parti, walhal Parti dan orang, identiti berlainan.
Orang itu yang merosakan Parti. Parti perlu dikalahkan kerana 'orang' itu. Kata para pengundi, tua muda dan baru jadi pengundi.
Naik bulu romaku, Ada juga yang macam ni..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA