Rabu, 26 Julai 2017

Cakap mulut Arab bukan bukti RM2.6 bilion itu derma, kata Dr Mahathir

Beliau mengakui mengetahui kandungan dokumen berkenaan transaksi AS$681 juta ke dalam akaun peribadi Najib Razak.
mahathir-najib1Tun Dr Mahathir Mohamad berkata wang sebanyak AS$681 juta yang dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak seperti didedahkan 2 tahun lalu sudah tentu melalui pelbagai dokumen transaksi memperincikan butirannya, tetapi ia masih belum ditunjukkan sebagai bukti selain dakwaan ia merupakan wang derma dari Arab Saudi.
“Cakap mulut Arab, Najib dan AG (peguam negara) tidak cukup untuk menyakini mahkamah atau orang ramai berkenaan punca AS$681 juta yang masuk dalam akaun Najib. Juga bahagian yang kononnya dikeluar,” kata pengerusi Pakatan Harapan itu dalam blognya hari ini.
“Sesungguhnya pemidahan wang yang begitu banyak perlu direkod dalam berjela-jela kertas. Paper trail memang ada untuk pihak berkuasa menyelidiki akan kebenaran dakwaan oleh mana-mana pihak. Orang lain juga boleh mendapat maklumat jika mereka membuat kajian,” kata Dr Mahathir.
Pada 2015, The Wall Street Journal memetik kertas siasatan pihak berkuasa Malaysia melaporkan wang berkait 1MDB dimasukkan ke dalam akaun persendirian Ambank milik Najib.
Najib berkata wang itu merupakan derma dari keluarga diraja Arab Saudi bagi membantu jentera Umno pada pilihan raya umum 2013.
Tahun lalu, Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir berkata wang tersebut merupakan sumbangan “ikhlas” tanpa mengharapkan balasan, menyifatkannya untuk “pelaburan di Malaysia”.
Sebelum ini, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dalam mengumumkan tiada kesalahan dilakukan Najib, memutuskan wang AS$681 juta itu adalah derma keluarga diraja Saudi.
Dr Mahathir berkata cabarannya terhadap Apandi untuk bersumpah berkenaan kandungan laporan Bank Negara Malaysia yang mendedahkan jumlah itu dalam akaun Najib itu adalah kerana yakin ia wujud, berdasarkan dokumen yang ditunjukkan bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail kepada timbalan perdana menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kedua-dua Gani dan Muhyiddin dilucutkan jawatan mereka pada 2015.

“Dia (Muhyiddin) sering menyebut berkenaan laporan-laporan yang ditunjuk kepadanya oleh AG semasa AG belum dipecat oleh PM. Dan kepimpinan PPBM, termasuk saya telah bincang laporan-laporan ini.
“Sebab itu saya tahu. Saya tidak akan cabar Apandi bersumpah jika saya tidak tahu kandungan laporan,” kata Dr Mahathir.
Beliau mengulangi gesaan supaya suruhanjaya penyiasatan diraja ditubuhkan untuk merungkai kes tersebut, seperti mana skandal tukaran asing Bank Negara pada 1980-an kini disiasat.
“Sesungguhnya satu lagi suruhanjara siasatan diraja perlu diadakan untuk selidik kes ini. Jikalau isu 30 tahun dahulu perlu disiasat, kenapakah jenayah terkini disembunyi?
“Berani kerana benar. Jika takut menubuh RCI untuk ini, sebabnya tentulah kerana salah.”

2 ulasan:

  1. DOJ dah buktikan 2.6billion itu bukan daripada derma pak arab. Jika DOJ fitnah, kerajaan boleh panggil duta Amerika beri pencerahan. Pemuda umno demo kah, tapi kenapa tak buat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalu kerajaan kata itu fitnah..pergilah memohon untuk mencabar dakwaan itu dan bg data2 yg menafikan...tpp berani ker najib.......sbb confirm dia kantoi sbb dakwaan oleh DOJ itu adalah benar sebenar-benarnyer......najib dan penyamun2nyer hanya mampu menyalak kat sini jer sbb tujuan utama adalah nak mengeliru dan menipu rakyat.......harap rakyat tak mudah tertipu dan bangkitlah menyingkirkan kerajaan penyamun ini pada PRU 14 nnt.....disamping berjaga2 dan berusaha menumpas penipuan kerajaan penyamun umno/bn masa PRU 14 nnt....

      Padam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA