Isnin, 10 Julai 2017

Buta al-Qurankah aku? (teguran tulus untuk presiden Pas)

ZOLKHARNAIN ABIDIN AL-ABYADHI

Bukan untuk berbangga, tetapi sekadar memulahazahkan diri sendiri. Aku telah mendengar dan memperdengarkan bacaan al-Quran-ku selama tiga tahun dengan guru sehingga tamat tanpa gugur walaupun sepatah. Bacaan al-Quran-ku bersanad.
Sudah lebih 10 tahun aku jadi imam solat terawih, dan sekurang-kurangnya 10 juz al-Quran aku baca dalam solat terawih setiap tahun. Antara 30 - 40 orang bersolat terawih bersamaku.
al QuranAku sudah berkuliah tafsir di Perlis semenjak hampir 25 tahun yang lalu dan kini sudah sampai juz yang ke-21. Kuliah itu aku sampaikan dengan nota yang aku sediakan sendiri berpandukan beberapa kitab tafsir muktabar. Kini kuliah itu masih berlangsung.
Tidak ada hari yang aku tak baca al-Quran dan aku khatam al-Quran dalam tempoh tertentu tanpa leka. Di rumahku juga ada beberapa kitab tafsir muktabar yang aku rujuk termasuk puluhan versi tafsir ada dalam Maktabah Syamilah komputer riba aku.
Anak-anak aku juga, aku dan keluarga aku sendiri yang ajar mereka membaca al-Quran. Tidak ada seorang pun anak-anakku yang tak tahu baca al-Quran, bahkan mereka boleh membaca dangn lancar semenjak awal usia lagi. Ada yang menghafaz al-Quran secara bersendirian.
Dalam realiti itu, dua tahun lalu aku nekad keluar Pas. Aku ulang, aku keluar Pas secara nekad dengan menyertai Amanah. Dan, semasa dalam Pas dan selepas keluar Pas, begitulah rutin kehidupan aku bersama al-Quran, tidak pernah berubah.
Aku percaya, ribuan ahli Amanah juga kehidupan mereka dengan al-Quran sama seperti aku, bahkan aku yakin ada yang lebih baik berpuluh kali ganda berbanding aku. Mereka juga bekas ahli Pas. Hal yang sama juga ada pada mereka yang tak pernah pun masuk Pas.

Tiba-tiba Abdul Hadi berkata, sesiapa keluar Pas buta al-Quran. Hah... buta al-Quran-kah aku dan kami? Jika setara aku dan kami (maaf, bukan untuk bangga) masih dikata buta al-Quran, setara manakah baru dikira tak buta al-Quran? Adakah semua orang Pas sekarang tidak ada yang buta al-Quran, atau mereka dikira celik al-Quran kerana bersama Pas dan bukan bersama al-Quran?
Aku kenal ramai orang Pas, bahkan begitu kuat dukung Pas, baca al-Quran pun merayap-rayap. Apabila ada usrah, dia mengelak untuk baca al-Quran kerana takut diketahui tak tahu baca al-Quran. Adakah mereka tak dikira buta al-Quran? Oh tidak dikira begitu sebab mereka orang Pas...! Begitukah?
Maafkan aku wahai Abdul Hadi. Usahlah kamu rasa diri kamu dan parti kamu suci tanpa noda. Usahlah kamu cuba persoalkan nilai agama orang lain. Usahlah kamu ambil kerja Tuhan utk menentukan kesyurgaan atau kenerakaan orang lain. Jadilah hamba Tuhan, bukan cuba jadi Tuhan...!
Inilah teguran tulus daripada Zola untuk Abdul Hadi. Zola cerita tentang diri Zola sendiri bukan untuk bangga, tapi Zola tak ada maklumat tentang diri orang lain. Itu saja. Sekadar itu saja...! Semoga cerita ini menjadi iktibar kepada semua yang baca posting Zola ini.

1 ulasan:

  1. Saya cadang hj hadi berundur dari kerusi presiden kerana, faktor umur, dan kesihatan. Bagilah pas kpd generasi baru yang membawa wadah perjuangan yang segar. PAs tidak akan kemana jka bersendirian.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA