Khamis, 27 Julai 2017

Bukan warga Felda tidak bersyukur tapi...



Untuk rekod bukan warga Felda tak bersyukur dengan pemberian insentif yang diumumkan perdana menteri cuma bila diingatkan sepanjang hampir 5 tahun berbagai janji yang tak tertunai kan oleh pihak Felda dan janji yang dibuat oleh PM sendiri tak tertunai sampai kini.
Peneroka FeldaKalau nak disenaraikan banyak sangat sebagai generasi kedua Felda isu perumahan Generasi Baru Felda daripada harga 120 ribu ke 90 ribu masa PRK Rompin dan hari peneroka di Terengganu 70 ribu serta yang terbaru rumah dengan kerjasama SPNB RM45K. Mana rumah PGBF? Tup tup nak bagi kebenaran bina rumah di tapak rumah sedia ada, selepas berpuluh tahun kenapa sekarang bagi kebenaran? Bukan semua tapak rumah peneroka boleh bina satu lagi rumah dan itu bukan pnyelesaian, lebih kepada penyedap hati Generasi ke-2. Sudah nak masuk PRU14 janji dibuat PRU12 lagi? Berapa PRU lagi nak berjanji dan mungkir?
Pasal pelupusan Hutang RM5 ribu bukan tak mahu bersyukur tapi dengan hutang mak bapa kami sama ada yang masih hidup atau telah meninggal dunia mencecah ratusan ribu ringgit, dengan potongan RM5 ribu apa kesannya. Bila ambil alih ladang sendiri kos baik pulih mencecah puluhan ribu ringgit dengan ladang serupa hutan dan pokok sawit yang tak cukup baja serta tak di pruning pelepah dari pangkal ke batang hingga ke pucuk tak terjaga. Senarai terperinci hutang peneroka pun tak diberi dah bertahun macammanalah mereka buat kerja.
Pasal insentif RM5 ribu untuk 94956 keluarga peneroka yang dijanjikan oleh PM bulan Ogos ini rasanya adalah tidak adil bagi mereka yang ambil alih ladang dan buat sendiri disingkirkan dari senarai dan dituduh tidak bersama Felda. Contohnya emak saya ambil alih ladang buat sendiri bulan Jun 2017, duit bonus pun dah dinafikan sebanyak RM780 yang sepatutnya boleh dapat sebab bulan April dan Mei hasil masih Felda ambil dan emak saya masih menerima sara hidup tapi itu semua hilang begitu saja walaupun hampir 6 tahun terima sara hidup yang mana termasuk dalam hutang BK. Namun saya dan keluarga redha dan imbuhan RM5 ribu ini juga bakal tak dapat, tak apalah tak ada rezeki. Cuma terkilan bila dituduh tidak bersama Felda walhal hampir seumur hidup duduk di Felda ini dan orang tua saya meninggal di tanah rancangan ini. Adakah kami dikira makhluk asing walaupun tinggal dan berbakti di Felda ini. Tidak adil rasanya.

Pasal pelupusan hutang pinjaman FGV kami diberikan 800 unit saham FGV dengan harga 4.55 sesaham dan sekarang saham FGV 1.55 (+-) selama bertahun dipotong RM50 sebulan oleh Felda dan kami tidak pernah merungut kerana kami tahu kalau merungut pun bukan boleh balik harga saham FGV masa beli hari itu dan pelupusan hutang berapalah sangat selepas 5 tahun bayar?
Jadi apa yang kami nak gembira sorak sorai dengan pengumuman insentif oleh PM kelmarin? Kami sayang Felda dan kami mahu Felda seperti dulu walaupun hidup susah tapi kami tak pernah merungut sebab kami tahu orang yang di atas amanah dan tidak KLEPEK tapi kini apa lagi yang nak kami banggakan semua tahu dan masalah Felda namun jauh di sudut hati saya masih menharapkan Felda terus gemilang di masa akan datang.
Banyak lagi kalau nak tulis tapi untuk respons tentang pengumuman di hari peneroka 2017 di Putrajaya. Belum cerita pasal generasi kedua yang terlibat dengan kontrak Felda menyedihkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA