Isnin, 31 Julai 2017

BN terdesak sampai guna taktik kotor

TAKTIK ugutan terbaru dilakukan Barisan Nasional (BN) adalah petanda lebih banyak ancaman dan ugutan akan dilakukan sekiranya ia memenangi pilihan raya akan datang, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Katanya, tekanan bermula apabila DAP dipaksa mengadakan pemilihan semula parti walaupun sudah melakukannya pada 2013, mengharamkan buku G25 dan terbaru mengugut sehingga memaksa kartunis satira politik, Zunar membatalkan pameran “Ketawa Pink” di Pulau Pinang.
Lim berkata, niat BN jelas iaitu untuk terus mengekalkan Malaysia sebagai negara kleptokrasi dan autokrasi dan tidak memberi ruang untuk pihak lain membuat bantahan atau memberikan perlindungan kepada pembocor maklumat yang mendedahkan skandal korupsi peringkat atasan.
“Kerajaan BN enggan memberikan sebab, menyebabkan ada syak yang tindakan ini adalah salah guna kuasa terang-terangan untuk menghantar mesej menakutkan dan meraih kelebihan politik menjelang pilihan raya umum akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Lim berkata, berbanding mengharamkan buku G25,  kerajaan sebenarnya boleh mefailkan saman fitnah sivil sekiranya mana-mana individu merasakan kandungan buku itu menyinggung pihak tertentu.
Katanya, DAP bersetuju yang pengharaman buku bertajuk “Breaking the Silence: Voices of Moderation - Islam in a Constitutional Democracy”, adalah “tidak logik” dan “tidak masuk akal”, apabila pihak berkuasa gagal menjelaskan bagaimana buku itu menganggu ketenteraman awam.
Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque pula sepatutnya mengadakan pameran “Ketawa Pink” pada Isnin di Lebuh Pantai, tetapi terpaksa membatalkannya selepas menerima ugutan daripada Umno Pulau Pinang.
“ Berbanding melakukan pameran kartun mereka sendiri, mereka edarkan poster menggesa ahli untuk datang dan ‘melawat’ pameran Zunar.
“DAP memahami kebimbangan Zunar kerana tahun lepas, apabila dia menjalankan pameran di Komtar yang menyebabkan bukan sahaja dia diganggu secara fizikal oleh ahli Pemuda Umno Pulau Pinang tetapi polis juga menahannya di bawah Akta Hasutan,” kata ketua menteri Pulau Pinang itu.
Katanya lagi, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin sepatutnya berasa malu dengan tingkah laku ahli Pemuda Umno yang digambarkan Zunar sebagai “sangat kasar dan agresif”

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum wr wb.

    Salam ukhuwah islamiah buat semua saudaraku baik yang menjadi TKI/ TKW maupun yang ada di dalam negri.
    BISMILLAHIRROHMANIRRAHIM
    Mohon maaf jika kehadiran saya di blog ini
    mengganggu kenyamanan pengguna blog,,
    Kehadiran saya di sini hanya ingin menyampaikan kepada saudara teman" yang sedang dalam kesulitan atau
    Terlilit hutang
    ekonomi menurun -atau asmara - membutuhkan bantuan dana besar,
    Jangan sungkan menghubungi MBAH KASSENG CALL/SMS : 0853-4288-2547
    Anda Akan Berhasil Sukses Jika Anda Mau Mengambil Keputusan Untuk Mengikuti Ritual Gaib MBAH KASSENG ...
    **** BELIAU MELAYANI SEPERTI: ***
    1.NOMOR TOGEL
    2.PESUGIHAN
    3.UANG GAIB

    …=>MBAH KASSENG<=…
    CALL/SMS : +62853-4288-2547

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA