Selasa, 18 Julai 2017

'Biar Najib, Rosmah 'enjoy' dulu naik MRT'

Anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata beliau kini hanya memerhatikan gelagat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Isterinya Datin Seri Rosmah Mansor yang sedang berseronok menaiki projek Transit Aliran Massa (MRT).
Rafizi berkata beliau memberi peluang kepada pasangan itu "untuk berseronok" terlebih dahulu sebelum membuat pendedahan terbaru mengenai MRT dan Prasarana yang didakwa mempunyai kaitan dengan 1MDB.
“Kasi chance (peluang) lah kat dia, sebab dia tiap-tiap minggu menangis mata bengkak. Minggu ini bagilah Najib dan Rosmah naiklah MRT tu puas-puas.
“Sebabnya minggu depan saya nak cerita MRT pun terpalit dengan 1MBD juga.
"Minggu ini bagi dia enjoy dulu sebab minggu depan dia akan demam sebab soal MRT, Prasarana pun terpalit dengan 1MBD,” katanya dalam ceramah Perdana Pakatan Harapan di Pusat Konvensyen IIDC di Shah Alam malam tadi.
Rafizi berkata pendedahan tersebut bagi menjawab sindiran Najib terhadap projek MRT laluan Semantan-Kajang yang dikaitkan dengan 'Langkah Kajang'.
“Dia (Najib) kata ini langkah Kajang sebenar, ada orang tanya YB tak nak jawab ke, saya kata tak apa, kita kasi dia enjoy dulu seminggu,” katanya.
Menerusi satu tulisan berserta gambar di Twitter baru-baru ini, Najib berkata "The real Kajang Move. Coming to you in seven days" (Langkah Kajang sebenar. Akan datang kepada anda dalam 7 hari).
Sementara itu Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, Pakatan Harapan (HARAPAN) mampu menyediakan MRT yang lebih baik berbanding kerajaan persekutuan tanpa pembaziran yang besar sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Nurul Izzah berkata, Najib tanpa segan silu mendabik dada dengan mengatakan beliau menghadiahkan MRT kepada rakyat Sungai Buloh dan Kajang".
"Tapi saya nak beritahu Najib Razak, tanpa pembaziran daripada HARAPAN bersama mantan TPM dan PM kita boleh membina projek MRT dengan laluan lebih besar, kos rendah," katanya kepada kira-kira 800 hadirin pada ceramah "Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi".
Semalam Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata walaupun MRT menelan belanja yang besar namun ia adalah cenderahati Najib kepada negara.
Najib semalam merasmikan aliran MRT Sungai Buloh-Kajang sepanjang 51 kilometer yang menelan kos RM21 bilion dengan jangkaan ia dapat dimanfaatkan oleh 400,000 penumpang setiap hari.

3 ulasan:

  1. Skrg najib tak apa2 lg, tapi keruak dah demam dengar cabaran rafizi!

    BalasPadam
  2. 'Biar Najib, Rosmah 'enjoy' dulu naik MRT' ...sbb lepas nie senanglah dia pergi ulang alik ke "Sg Buloh"....dan menetap disana.........hihihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. atau dia boleh pilih samada nak ke "Kajang" ker atau ke "Sg Buloh"....hihihihi

      Padam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA