Selasa, 18 Julai 2017

Bersyukurlah dan jangan fitnah pemerintah, sembang PAS

Pemimpin PAS itu memberi ingatan tidak mendengar hasutan asas pembohongan untuk menumbangkan kerajaan sedia ada.
nik-mohamad_pas_pakatan_6003
Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz semalam mengingatkan rakyat tidak membelakangkan pemerintah dengan mendengar hasutan yang memfitnah pemimpin.
“Mereka berjaya menyebarkan ketidakpuasan melalui fitnah dan pembohongan sehingga tidak lagi mensyukuri nikmat keharmonian hidup sedia ada.
“Maka terjadilah pemberontakan terhadap pemerintah. Negara yang baik akhirnya runtuh dan berganti dengan negara baru yang terbina di atas kezaliman yang dicipta,” katanya dalam penulisan diterbitkan laman berita PAS, Harakahdaily.
Bekas ketua Pemuda PAS itu berkata, kejatuhan negara zalim berpunca daripada kezaliman pemerintah, tetapi negara yang adil boleh runtuh jika rakyatnya tidak lagi mensyukuri nikmat Allah.
Beliau menyifatkan rakyat yang membuka telinga terhadap fitnah dan memakan rezeki haram sebagai bencana untuk negara.
“Ia lambang nikmat Allah yang tidak disyukuri. Ia berulang-ulang di dalam sejarah manusia sebagaimana kisah al-Quran mengenai Bani Israel yang tidak mensyukuri nikmat Allah ke atas mereka.”

4 ulasan:

  1. Apa ko merepek abduh, dah mkn ubat lom...klau tak ada ubat mintak hadi awang pil kuda, biar merepek ko lagi kalut, buatkan rakyat menyampah dgn Pas....
    Org sibuk nak selamatkn negara akibat rasuah, kecurian wang negara, dsb, ko sibuk melalut...puii

    BalasPadam
  2. Bila nak join umno bduh?. Boleh bertanding di p mas atas tiket umno. Pas p mas dah reject kamu

    BalasPadam
  3. Ini dia hujah bodoh dari si abodoh?.. entah macam mana boleh jadi mp. Kenyataan bodoh macam ni yg menjadikan Pas parti kucing kurap...

    BalasPadam
  4. makin bertambah merapu ucapan2 pemimpin2 PAS ini....mula tuang presideng...last nie nik abduh......cakap tahap bangang melampau.....

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA