Khamis, 27 Julai 2017

Azalina menteri jaga Parlimen paling teruk


Azalina menteri jaga Parlimen paling teruk, kata pembangkang
Anthony Pua mendakwa trend tidak mahu menjawab soalan semakin menjadi-jadi apabila Azalina menjadi menjaga Parlimen. 
AZALINA Othman dilabel ahli Parlimen pembangkang sebagai menteri paling teruk yang memegang portfolio Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap undang-undang termasuk menjaga Parlimen dalam sejarah Malaysia ekoran keenganan menjawab soalan.
Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke (DAP) berkata trend tidak menjawab soalan dilihat semakin menjadi-jadi sejak Azalina dilantik sebagai menteri yang menjaga Parlimen.
Dakwaan itu berlaku apabila dua soalan lisan yang dikemukakan Anthony mengenai kos perbelanjaan penganjuran majlis rumah terbuka perdana menteri dan bayaran kompaun yang perlu dibayar 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada Bank Negara Malaysia (BNM) tidak dijawab Azalina.
"Ini trend baru, apa saja persoalan mengenai perdana menteri, jet peribadi semua tak boleh dijawab seolah perdana menteri ini macam raja.
"Dia boleh pakai apa sahaja, kita tak boleh nak soal, jadi (Azalina) menteri paling teruk dalam sejarah kalau tak nak jawab letak jawatan saja sebab kalau nak jadi menteri kena jawab soalan, tambah lagi menteri Parlimen," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA