Selasa, 11 Julai 2017

ANWAR MANGSA KONSPIRASI POLITIK: TUAN IBRAHIM MAHU KES LIWAT SODOMU II DIBICARA DI MAHKAMAH SHARIAH


PEMANGKU Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mengeluarkan kenyataan solidariti kepada Anwar Ibrahim apabila menegaskan yang bekas ketua pembangkang itu ialah mangsa konspirasi politik dan dakwaan liwat kepadanya perlu dibicarakan di mahkamah syariah.
Mengulangi pendirian parti yang kesalahan seperti itu perlu diadili menggunakan undang-undang Islam, akhbar parti itu Harakah Daily itu memetiknya sebagai berkata:
“PAS sejak awal lagi meminta isu yang berkaitan syarak perlu dikembalikan kepada mahkamah syariah. Ini kita harapkan,” katanya pada persidangan media di Kota Bharu semalam.
Anwar kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana meliwat selepas keputusan mahkamah tinggi untuk membebaskannya dibatalkan mahkamah rayuan pada 2014.
Tuan Ibrahim berkata PAS sentiasa menganggap Anwar ialah mangsa politik Share this quote  Share this quote dan sudah lama bersuara mengenainya, lebih awal daripada Dr Mahathir.
Dalam satu temubual dengan akhbat UK, The Guardian, Dr Mahathir mengatakan yang Anwar ialah mangsa dendam politik dan pentadbiran baru akan mendapatkan pengampunan diraja untuknya bagi membolehkan Anwar kembali memasuki politik.
Tuan Ibrahim juga mendakwa wujud kemelut dalam Pakatan Harapan dan kini mereka cuba menaikkan Anwar kembali kerana tiada tokoh lain dalam pakatan pembangkang itu.
“Selepas tiada tokoh lain, Pakatan Harapan cuba hendak menaikkan semula Anwar. Sebenarnya kemelut itu berlaku pada Pakatan Harapan,” katanya.
Anwar ialah timbalan perdana menteri pada 1993 hingga 1998 ketika zaman pemerintahan Dr Mahathir. Dia dipecat dan ditahan pada September 1998 dan didakwa atas tuduhan korupsi kerana cuba menghalang siasatan polis dalam dakwaan salah laku seksualnya.

1 ulasan:

  1. Kes rompakan 1mdb pun harus dibicara di mahkamah syariah. Betul tak tuan guru haha. Sabit kesalahan potong tangan

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA