Ahad, 23 Julai 2017

Ahli Umno faham isu 1MDB hanya agenda politik, sembang Salleh

TIADA lagi kekecohan mengenai 1MDB dalam kalangan ahli Umno di peringkat akar umbi kerana mereka kini faham ia hanya alat digunakan pembangkang untuk memburukkan Umno dan presidennya, kata bendahari parti Salleh Said Keruak.
“Ahli Umno faham. Ia hanya agenda politik.
“1MDB syarikat milik kerajaan dan PAC (Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara) sudah menjalankan siasatannya terhadap 1MDB,” kata Salleh.
Berhubung dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad yang Peguam Negara Mohamed Apandi Ali menipu dalam melihat siasatan 1MDB, Salleh berkata Dr Mahathir sepatutnya percaya dengan sistem kehakiman.
“Beliau kena hormat sistem kehakiman. Tidak semestinya setuju dan keputusan itu tak semestinya salah. Masalahnya Mahathir nak ikut selera dia saja,” katanya.
1MDB diilhamkan oleh Najib dan beliau menafikan sebarang salah laku yang mencetuskan siasatan di beberapa negara atas dakwaan salah guna dana syarikat.
Singapura salah satu negara yang turut melancarkan siasatan terhadap 1MDB. Ia negara pertama yang menjatuhkan hukuman terhadap individu yang bersalah dalam kes penyelewengan wang 1MDB.
Minggu lalu, pegawai bank Yeo Jiawei, perancang harta di BSI Singapura dipenjarakan empat tahun setengah selepas mengaku bersalah atas tuduhan penggubahan wang haram dan menipu.
Sebelum Yeo, empat lagi pegawai bank dihukum penjara dan denda atas kesalahan serupa di mahkamah Singapura.
Singapura juga menutup cawangan dua bank luar negara kerana memindahkan wang 1MDB.

2 ulasan:

  1. Begitu bodoh sekali ahli umno rupanya. Tak jauh beza dgn walaun

    BalasPadam
  2. Bodoh pemimpin Umno bwa smpi kebawah. Ini isu nasional. Duit kerajaan hak rakyat kena curi. Itu isu nasional. Salleh cukup2 la ko bodohkan 1 org. Tapi semua org ko boleh bodohkn... bangang sengal shit bodek meluat lg lma aku tgok Salleh ni

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA