Selasa, 18 Julai 2017

AG nafi sembunyi bukti jenayah 1MDB, hanya takut Allah



Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali menolak dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau menyembunyikan bukti jenayah berhubung skandal 1MDB.
Apandi menegaskan, beliau tidak takut kepada Mahathir sebaliknya hanya takut kepada Allah.
Apandi Ali“Saya tidak takut sesiapa pun termasuk Dr Mahathir. Saya tidak tahu mana-mana orang, tetapi saya takut Allah.
“Apa sahaja yang saya buat sebagai peguam negara semuanya berdasarkan kepada fakta sedia ada yang terkandung dalam kertas siasatan. Tiada apa untuk disembunyikan,” katanya seperti dipetik FMT.
Dalam ceramah Pakatan Harapan (Harapan) di Shah Alam malam tadi, Mahathir yang merupakan Pengerusi Harapan berkata Apandi akan disoal sama ada beliau menyembunyikan bukti jenayah berhubung skandal 1MDB sekiranya Harapan memenangi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
"Saya bukan peguam. Tapi saya tahu jenayah bukan OSA. Dan bila ia jenayah, kena lapor bukan kena sembunyi.
"Peguam negara lakukan kesalahan besar sembunyikan bukti jenayah. Satu hari dia kena jawab, sebab itu kita kena menang.
"Kita boleh tanya, hei AG, kau buat salah jenayah ke?" kata Mahathir.
Tahun lalu, Apandi membersihkan nama perdana menteri daripada sebarang salah laku berkaitan 1MDB.
Datuk Seri Najib Razak turut menafikan sebarang salah laku dan berkata, RM2.6 bilion yang diterimanya adalah sumbangan keluarga diraja Arab Saudi untuk membantu kempen pilihan raya Barisan Nasional.
Apandi menggantikan bekas peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail pada 28 Julai 2015.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dilaporkan berkata, perkhidmatan Gani ditamatkan mulai 27 Julai atas sebab kesihatan.

1 ulasan:

  1. Syabas Tun.... cari sampai ke lubang cacing. Rakyat sokong.

    BalasPadam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA