Sabtu, 29 Julai 2017

Abu Talib: Arifin perlu jelas pelantikan Md Raus

Bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman mahu bekas Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria menjelaskan alasan cadangannya melantik Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus Sharif dan Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebagai hakim tambahan.
"Saya fikir bekas ketua hakim itu mempunyai kewajiban untuk menjelaskan kepada rakyat berhubung asas beliau menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk melantik mereka sebagai hakim tambahan ketika mereka masih berkhidmat.
"Adakah kerana hakim-hakim lain tidak berwibawa,” soal Abu Talib dalam wawancara dengan Malaysiakini hari ini.
Abu Talib berkata adalah penting bagi Arifin untuk menjelaskan alasan di sebalik cadangannya untuk menghilangkan sebarang persepsi tidak berasas.
"Dengan berbuat demikian akan meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap badan kehakiman.
“Jika tidak, ramai akan membuat spekulasi sebab pelantikan itu tidak baik untuk integriti badan kehakiman.
"Beliau mesti menjelaskannya kerana ini telah menjadi kontroversi," kata Abu Talib.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA