Rabu, 12 Julai 2017

1MDB ‘mangsa’ Jho Low, kata pendakwaraya Singapura

Bekas pengurus bank yang dipenjarakan, Yeo Jiawei, bersetuju untuk membantu siasatan.
jholow-1mdbSINGAPORE: Pendakwaraya di Singapura berkata ahli perniagaan Malaysia Low Taek Jho watak utama dalam siasatan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dan beliau menggunakan wang yang boleh dikesan kepada dana milik kerajaan itu untuk tujuan peribadi.
Low menerima sejumlah wang yang “amat besar”, kata pendakwaraya dalam pemfailan mahkamah yang didedahkan hari ini.
Kira-kira AS$1 bilion (RM4.3 bilion) yang bertujuan untuk 1MDB laburkan dalam usaha sama dengan PetroSaudi International Ltd dilencongkan ke akan bank milik Low, menurut pemfailan itu.
“Mangsa utama dalam kes ini ialah 1MDB,” kata pendakwaraya Nathaniel Khng di mahkamah Singapura. “Jho Low sudah hilang dari pandangan orang ramai.”
Setakat ini siasatan Singapura ke atas aktiviti berkaitan 1MDB menyaksikan 5 orang disabit kesalahan dan 4 daripadanya dipenjarakan.
Setakat ini negara itu satu-satunya yang mengenakan pertuduhan jenayah terhadap pengurus bank berkenaan.
Siasatan itu sebagai daripada usaha antarabangsa untuk mengesan berapa banyak daripada AS$6 bilion (RM25.8 bilion) yang 1MDB kutip untuk projek pembangunan digunakan untuk hartanah mewah, karya seni, pesta dan banyak lagi.
Amerika Syarikat dan Switzerland juga antara negara yang menyiasat peranan yang dimainkan bank dan individu.
Penyiasat AS menyifatkan Low sebagai pengawal kepada rancangan untuk mengambil berbilion daripada dana Malaysia itu.
Permohonan untuk mendapatkan komen yang dihantar melalui laman web Low, Jynwel Capital Ltd belum dijawab, begitu juga emel yang dihantar kepada 1MDB, yang secara konsisten menafikan sebarang salahlaku.
Low sebelum ini menggambarkan peranannya dengan dana itu sebagai perunding tidak rasmi yang tidak melanggar mana-mana undang-undang.
Low mengeluarkan kenyataan pada Jun sebagi menjawab saman Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) yang mahu mendapatkan kembali AS$540 juta (RM2.3 bilion) aset yang dikatakan dibeli dengan dana yang digelapkan dari 1MDB.
“Kami mahu fakta sebenarnya dibentangkan di mahkamah yang akan menunjukkan kes DoJ sama sekali tidak berasas,” katanya pada ketika itu melalui seorang wakil.
Siasatan jawatankuasa Parlimen Malaysia mengesan perkara tidak kean dalam perjanjian usaha sama 1MDB dengan PetroSaudi pada 2009, apabila AS$700 juta (RM3 bilion) dipindahkan ke akaun di RBS Coutts Bank Ltd milik sebuah syarikat yang tidak ada kena mengena dengan projek itu.


Keuntungan rahsia

Pendengaran mahkamah hari ini menyaksikan Yeo Jiawei, bekas pengurus bank, menjalani tempoh pemenjaraan terpanjang dalam siasatan Singapura ke atas 1MDB, mengakui pertuduhan yang dikenakan terhadapnya termasuk pengubahan wang.
Yeo memainkan peranan dalam transaksi melibatkan dana sambil membuat keuntungan secara rahsia, kata pendakwaraya.
Yeo, juga mengakui bersalah menipu bekas majikannya, bersetuju untuk membantu siasatan Singapura ke atas pengubahan wang, yang pendakwaraya gambarkan sebagai yang terbesar dalam sejarah negara itu.
Dia dijatuhkan hukuman 54 bulan penjara oleh mahkamah hari ini.
Bekas perancang kekayaan BSI SA itu dijatuhkan hukuman 30 bulan penjara atas dakwaan cuba menganggu saksi dalam siasatan itu.
Hakim Ong Hian Sun hari ini berkata mahkamah mesti mengambil “pendirian tegas” menjaga integriti sistem kewangan Singapura.
Yeo merujuk kepada Low sebagai “bos” dan pernah meluangkan masa sekurang-kurangnya 1 malam di rumahnya, menurut prosiding mahkamah terdahulu.
Yeo sebelum ini orang salah faham bila mengatakan dia bekerja dengan Low.
Pengakuan bersalah itu selepas Penguasa Kewangan Singapura selesai menjalankan siasatan 2 tahun ke atas pengaliran yang berkaitan dengan dana pelaburan Malaysia itu.
Singapura mengenakan penalti sejumlah S$29.1 juta (RM90.46 juta) terhadap 8 bank sebagai sebahagian daripada siasatan 1MDB.
Credit Suisse Group AG dan United Overseas Bank Ltd antara firma yang membayar penalti itu, sementara BSI dan Falcon Private Bank Ltd juga diarah menutup operasi tempatan.
Yeo meraih sejumlah S$23.9 juta (RM74 juta) melalui “keuntungan rahsia” dalam tempoh 15 bulan selepas beliau meninggalkan BSI pada Jun 2014, kata pendakwaraya pada pendengaran sebelum ini. Yeo berkata wang itu diraih secara sah.
Peguam Yeo, Derek Kang hari ini berkata anak guamnya daripada latar belakang kebanyakan dan “tiada peluang” untuk bekerja lagi dalam industri kewangan.
Yeo akan menyerahkan keuntungan yang diperoleh dari kesalahan itu, kata Kang.

5 ulasan:

  1. Macau oh Macai kebodohan terserlah....hahaha

    BalasPadam
  2. ...dah panas pungkoq. Tunggu hari nak siang saja.

    BalasPadam
  3. ...dah panas pungkoq. Tunggu hari nak siang saja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yg dirisaukan mendung akan terus berlaku dek kebodohan rakyat malaysia.....yg senang diperbodohkan oleh rejim penyamun 1 malaysia......dari dulu hingga kini.....tak pandai2 lg demer nie.....nak sampai malaysia nie jadi palestin baru mereka bukak mata.....tapi dah terlambat...nasi dah jadi buboq noooo.....

      Padam
    2. Belumkah cukup bukti bagi KPN, AG, SPRM , Bank Negara untuk bertindak terhadap orang orang yang menyalahgunakan wang 1mdb?
      Ahli ahli umno patut buka mata bertindak menyelamatkan negara juga.

      Padam

PIHAK KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAP DENGAN KOMEN YANG MENYALAHI UNDANG-UNDANG MALAYSIA